29 October 2011

RM70 untuk ribbon W705

Salam semua.

Welcome back my beloved W705. Alhamdulillah dah boleh berfungsi semula. Tak sia-sia merantau jauh sampai ke Batu 3 untuk repair ribbon handset ni. Eh? Jauhnya ko hantar repair? Kedai handset yang dekat-dekat dengan rumah kau tak dek ke? Ada je.. aku malas nak gie survey. Survey kat laman sesawang je lah.

Siapa-siapa yang pakai handset slide, mesti tahu pasal masalah ni. Di mana semua navigation button tak berfungsi kecuali button on/off and call button saje. Mesti tension kan? masa aku mula-mula kena, aku memang rasa nak marah plus menangis pun ada. Lagi pulak masa tu lagi beberapa hari je nak konvo. Handset pulak buat hal. Sabar je lah!

Nak tahu kedai dia kat mana? Kat KTM Batu 3. Dekat je kedai dia. Banyak kali aku blogwalking kat blog Radin dengan Nizam ni. Sebab dua orang ni la, aku berani hantar handset aku sampai ke Batu 3 sana. Kene amik risiko sikit beb!

Keluar je dari stesen KTM tu, jalan ke sebelah kiri.. korang akan nampak satu jambatan. Then, akan lalu satu kawasan perumahan. Nak menghala ke jalan besar nanti, korang akan nampak satu deret rumah kedai dekat dengan surau. Sebelum aku melintas, aku dah nampak dah kedai handset tu. Betul-betul sebelah kedai gunting rambut. Macam yang Radin cakap, yellow signboard.

selagi tak nampak depan surau ni..korang xkan sampai kedai handset tu

Mula-mula aku rasa musykil. Sebab nya tu kedai orang India. Nizam cakap owner kedai repair handset tu Melayu. Masa tu aku tak berniat pun nak explore kawasan tu. Sebab memang baru 1st time sampai. Aku dengan member aku pun masuk kedai tu bertanya.

            “Kat sini ada repair ribbon handset tak?” Aunty India tu mengangguk-angguk.
“Berapa charge?” Aku tanya lagi.. dengan air muka was-was pun ada jugak.
“RM85. Repair ribbon je kan?” Sambil dia belek-belek ada satu buku tu. Kot-kot ada tertulis harga lagi murah ke walaupun rasa mustahil.
“Kurang lagi tak boleh ke aunty?”
“Oklah, RM80 la bagi.” Aku dah mati kutu. Tak nampak pun kedai handset lain.

Banyak la soalan yang aku tanya kat aunty tu. Sebab rasa musykil dengan kedai dia kan. Bila boleh siap, ada tukar apa-apa tak handset ni, macam-macam lagi lah. Lepas dah deal.. siap bagi deposit and dapat resit apa semua, aku tanya lagi soalan kat dia.
“Siapa yang repair handset ni?” Aunty tu cakap orang dia jugak.
“Yela..orang Melayu ke Cina ke India?” Aunty tu cakap orang Cina. Pulak dah. Aku semakin konpius. Aku tawakal je lah. Aunty tu cakap paling cepat pukul 2 baru siap.

Lepas tu kitorang naik tren gi Subang Jaya. Kat Batu 3 tu tak dek ape pun. Kat Subang Jaya pun gie makan jap, jalan-jalan, solat then datang balik Batu 3 bila jam dah nak dekat pukul 2.

Masa aku sampai KTM Batu 3, aku berselisih dengan aunty kedai handset tu. Aku dah start cuak da. Cepat-cepat kitorang jalan gi kedai handset dia. Ada sorang uncle dah tunggu depan kedai. Kitorang saspek, tu laki dia kot. Kat tangan dia dah siap-siap dah pegang handset aku.

“Sorry la dik. Tak sempat reapir lagi la. Repair Man lambat sikit.” Aku dah buat muka sedih. Mungkin uncle tu perasan kot air muka aku.
“Adik cuba try kedai handset kat hujung sebelah sana. Tapi bukan deret kedai ni la. Deret kedai lagi satu.” Uncle tu suggestkan satu kedai repair lain.
“Tapi saya dah bayar deposit RM20 tadi.”
“Tak pe. Saya bagi balik. Sana pun ada repair juga. Orang Melayu buat.” Sambil menghulurkan not RM10 dua keping.

masa mula-mula lalu kat kawasan perumahan, korang akan nampak Lorong Intan
so, jangan tersalah ok

Cepat-cepat kitorang berjalan.. carik kedai handset yang lagi satu tu. Tiba-tiba aku terkedu sekejap bila tengok signboard “Lorong Berlian 1”. Ni lah tempat yang Nizam suggestkan. Dia siap bagi lagi kedudukan koordinat kedai tu kat google maps. Alhamdulillah, Tuhan memang nak tunjukkan kat aku yang aku dah salah kedai. Thanks kat uncle India tu yang dah suggestkan kedai lagi satu ni.

kedai dia kecik je

paling hujung sekali

Sampai-sampai je aku terus hulur handset aku kat orang kedai tu. Aku cakap ribbon dia rosak. Mintak tolong repairkan. Mula-mula dia cakap harga dia RM80. Tapi aku mintak kurang sikit, student price la katakan. Dapat la RM70. Nasib baik duit aku tak melayang kat kedai lagi satu tu.

ribbon lama yang dah koyak

“Bila boleh siap? Cepat tak?” Aku pura-pura tengok jam.
“Nak cepat ke? Dalam 20 minit boleh?”
“Ok.. boleh je. Kami tunggu.” Lega dapat duduk setelah penat berjalan. Balik nanti sah sakit-sakit kaki. Lepas ni nak gi birthday party anak buah kat Kajang pulak.

boleh tengok dia buat keje

Dia memang repair on the spot la. So, kite boleh tengok-tengok handset kita sekali. Bak kata Radin and Nizam, mintak ribbon yang rosak tu. Buat bukti. Repair Man tu bagi je.. suh buat kenangan. Haha.

Lepas dah setel semua urusan kat Batu 3 tu, cepat-cepat kitorang berjalan balik ke stesen KTM. Destinasi seterusnya adalah ke Kajang. Kalau aku balik rumah terus pun, bukan ada orang. Semua orang pergi birthday party tu. Lagi pun family aku baru gerak dari rumah around 2.30 pm macam tu la.


Sampai rumah abang ipar aku, siap bagai dengan khemah. Macam kenduri kawen je lagaknya. Ada choc fountain tu. Memang aku makan tu je la. Buah anggur and strawberi dicelup dalam cokelat. Gile la! Jakun! Memang pun. Haha.

Ada sate, roti jala, meehun, puding, bubur pulut hitam, buah tembikai and air oren. Lega dapat basahkan tekak yang memang kering gile. Menahan je la aku dalam tren tadi.


Finally, pulang jugak ke rumah. Kat sana tadi pun aku memang dah macam cacing kepanasan. Kaki dah sakit-sakit dah. Lega rasanya dapat golek-golek sambil update blog. Haha.

Neway, siapa-siapa yang mengalami rosak ribbon handset.. pergilah kedai kat KTM Batu 3 tu. Walaupun kedai dia tak seberapa, tapi servis yang dorang bagi memang boleh dipercayai.

Sekian!


p/s : Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-2 Rayyan Zakwan and thanks a lot to my bestfriend :) 

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Saifad Effa said...

hehehe seronok jalan2 rini.walaupun penat berjalan,tp berbaloi2.jumpe jugak kedai yg dimaksudkan kan~syukur Alhamdulillah..org tu pakai enset baru kut..hahah tahniah yep!btw,org yg repair tu comellah! ;p n hapy besday rayyan zaqwan..cantek kek.tp plg best yg coklat tu lah.haihhh..rugi x dtg hahaha ;p

nadeafu chan said...

taw xpe..selamat duit i and puas hati dpt tgk dia repair cane huhu xdek la baru pun..baru repair je hehe

Post a Comment