26 October 2011

Lebih baik memberi dari menerima

Tahun 1996, Darjah 1.

Suasana dalam kelas masa tu memang huru-hara keadaannya macam pasar malam walaupun nampak macam tipu sebab selalunya waktu-waktu bersekolah adalah di siang hari. Petang-petang belajar BM?


Alahai.. memang mengantuk yang amat la. Sebab kepandaian cikgu BM bermain dengan psikologi kanak-kanak ribena time tu, kelas BM bertukar kepada kelas menyanyi pulak dah.

Beberapa helai kertas yang ada bertulis semacam lirik lagu diedarkan kepada murid-murid.
         
“Murid-murid, kongsi dengan kawan sebelah ye. Siapa yang rajin nak salin dalam buku, boleh salinlah, ok”. Pesan cikgu BM sambil tangannya ligat menulis hari di sebelah kiri papan hijau, mata pelajaran di tengah-tengah papan hijau dan tarikh di sebelah kanan papan hijau.

Dah siap menulis lirik di papan hijau, cikgu BM start mengajar setiap bait-bait lirik tu. Cikgu cakap, setiap lagu yang dibuat, ada makna yang tersurat dan tersirat yang tersendiri. Terpulang pada kita macam mana nak tafsirkannya.

Mula-mula cikgu nyanyi, lepas tu anak murid ikut. Masa tu aku rasa macam ada satu spirit masa nyanyi lagu ni. Cara duduk aku pun luar biasa masa dalam kelas tu. Orang lain duduk kat atas kerusi dengan punggung.. aku duduk kat atas kerusi pakai lutut. Haha. Nampak sangatlah kan yang aku ni kecik! Cis! Tapi ada orang lagi kecik dari aku.

Tahun 2011, 22 tahun.

Mesti korang pernah dengar lagu ni kan?



Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Menolong orang jangan harap balasannya
Biar dengan ikhlas janganlah separuh hati
Tiap yang berbakti Tuhan Maha Mengetahui

Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima
Kesucian diri itulah sifat paling dipuji
Senyuman di bibir keindahan budi bahasa
Keluhuran hati kita akan berbahagia

Sikit sama merasa
Fakir jangan dilupa
Hidup kita hanya sementara
Manusia bersaudara
Kasih sesama kita
Jauhi dari bersengketa


Dah 15 tahun berlalu, aku ingat lagi peristiwa masa menyanyi-nyanyi kat dalam kelas BM tu. Aku rasa, tak payah kot nak explain pasal lirik lagu ni. Korang pun boleh elaborate sendiri kan? Haha.

Tapi Tuhan lebih menyayangi dia. Sudah kembali ke Rahmatullah ada dalam 2, 3 tahun yang lepas, aku tak pasti. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehah. Amin.

Al-fatihah.



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment