04 October 2011

I'm not single?

Salam semua.

Dah lama aku tak update blog. Haha. Cuaca sekarang tak menentu. Kadang-kadang hujan, kadang tu panas. Kadang-kadang ada certain tempat hujan, certain tempat lagi panas walaupun dalam satu daerah. Itu semua kerja Dia, Yang Maha Berkuasa. Ok, tutup cerita pasal kaji cuaca. Tak dek kene mengena langsung pasal update blog kot.

Kalau aku cakap aku masih single lagi korang percaya tak? Eh minah ni. Apa hal tiba-tiba cakap pasal status ni? Sengal apa? Haha. Aku ni bukannya jenis serius je 24 jam. Kawan-kawan kan, takkan lah nak serius je. lagi-lagi yang dah kenal lama. Tapi bila aku cakap aku single, aku betul-betul maksudkannya.



Kenapa? Zaman sekarang ni kalau tak pernah couple rasa macam pelik eh? Aku tahu budak-budak zaman sekarang ni pun main redah je hukum hakam. Tapi akal fikiran aku masih waras lagi untuk membezakan mana halal mana haram. Tipu la kan kalau aku cakap aku tak pernah ada rasa ingin dicintai, disayangi dan bla bla lagi bahasa cinta tu. Ada, memang pernah terdetik dalam hati ni. 

Nak cakap aku songsang? Cubalah bersikap positif sikit supaya minda tu terbuka luas. Tak dek maknanya kalau tak ada pasangan yang berkenan terus nak anggap orang tu tak normal. Tu la pemikiran masyarakat melayu zaman sekarang. Setakat nak minat-minat, suka-suka tu ada lah. Tapi tak dek lah sampai nak ke jinjang pelamin. Sebab aku ada komitmen lain yang lebih penting lagi dari bercinta. Cinta pada Yang Khalik tu semestinya la kan.


Siap bagi nasihat lagi jangan jual mahal. Aku anggap sajalah dia nak bergurau dengan aku. Aku bukan jenis yang suka nak ber’hu ha hu ha’ dengan kaum Adam ni. Aku yakin, korang ni tahu je kan adab-adab pergaulan. Tapi kadang-kadang buat tak nampak je, pejam mata. Cakap panjang lebar pun tak guna kalau tak nak percaya. Kesudahannya, “No komen!” saja lah.

Kata orang, cinta itu suci. Tapi yang datang sendiri lebih sejati. Aku tak tahu la sejauh mana kesahihannya. Nak buktikan pun, aku sendiri tak pernah rasa macam mana. Kalau dah jodoh tak ke mana. Tapi tak bermakna aku tak berusaha langsung. Duduk diam je pun jodoh takkan datang. Silap-silap Ayah Pin yang turun dari langit.


Nak sangat suruh aku kahwin sangat, gi tolong carikan calon. Aku nak yang speky, berjanggut sikit, minat fotografer, ada DSLR. Amboi! Demand! Cakap aku memilih. Haha. Ops! Ini hanyalah rekaan semata-mata. Bukan cirri-ciri luaran yang dicari. Tak dek kena mengena dengan aku langsung. Cukuplah sekadar yang sedap mata memandang, jaga solat and hormat orang tua.

Sekian!

p/s : tak kenal maka tak cinta.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

dayahtaslim said...

amboi kan ko..nak yg DLSR je..aku pun nak gak..haha. btw nad, tipu lah xde calon..hahahaha.. weyh aku pun xde.chill je lah kan..:)

nadeafu chan said...

@ dayahtaslim : being single is awesome until we found the right person :)

Post a Comment