26 October 2011

Ada ijazah salah, tak dek ijazah pun salah.

Salam semua.

Entri kali ni aku nak share satu cerita. Cerita ni aku dapat bukan sembarangan. Dekat satu majlis tahlil arwah pulak tu. Korang jangan main-main. Haha.

Semalam kawan ayah aku meninggal dunia. Menurut cerita yang aku dapat, punca kematian adalah disebabkan kanser darah. Dah stage 4 dah. Mati itu pasti, hidup.. InsyaAllah. Marilah sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk arwah.

Malam tu jugak aku berkenalan dengan sorang budak. Kawan kepada kawan aku yang ayah dia meninggal tu. Tak dek lah budak sangat. Umur dalam 20-an. Tapi tak nampak macam 20-an, sebab muka dia nampak matured. Segan pun ada masa aku borak-borak dengan dia. Yela, aku ni kecik je, badan macam budak-budak. Sob.. sob.. sob.

          “Dah ada boyfriend da?” Tiba-tiba si member ni memecahkan kesunyian setelah sekian agak lama perbualan terhenti. Mungkin masing-masing tengah carik modal untuk bersuara kembali. Dan akhirnya, si dia yang memulakannya.
“Agak-agak?” Soalan dibalas dengan soalan.
“Dah ada da eh?” Dia tanya balik. Kalau ikutkan hati, mahu je aku bantai gelak kat situ. Tapi aku masih waras, sebab masa tu dalam surau kot. Malu aku kalau terlepas gelak.


Aku menggeleng-geleng kepala saja lah.
“Dah ada ke?” Aku tanya dia pulak.
“Dulu ada, sekarang tak dek.” Jawab dia sambil sengih-sengih.

Oklah tu, sekurang-kurangnya dia merasa pengalaman ketika bercinta. Aku? Zero! Haha.

Ape jadah dalam surau boleh pulak cakap pasal pakwe-pakwe ni. Adoi la. Insaf sekejap aku bila teringat balik tujuan asal aku datang ke surau tu. Ish.. ish.. ish!

Aku tak sempat tanya pun kenapa dia clash dengan pakwe dia yang dulu, tapi dia dah bercerita dulu. Alkisahnya..

Nama dia Isya, yang pastinya bukan nama sebenar. Dia ada 6 orang adik beradik, sama macam aku jugak. Tapi dia anak bongsu. Nak tahu berapa beza tahun dia dengan akak atas dia? Menurut cerita dia, beza dorang 10 tahun. Mungkin ada yang heran, mungkin ada yang tak. Tapi bagi aku, memang takjub la. Beza 10 tahun tu.

Pakwe dia mintak clash sebab dia belajar tak tinggi. Dalam andaian aku, lelaki ni mesti mak ayah dia jenis tak lekat kat rumah. Ayah dia sebok dengan politik, mak dia pulak sebok dengan persatuan sana-sini. Tu yang dia pun jadik macam tu. Pandai-pandai aku je kan nak buat kesimpulan sesuka hati. Haha.

Bukan ke kaum lelaki suka cakap macam ni, “ala.. perempuan belajar tinggi-tinggi pun masuk dapur jugak”. Bagi aku, aku sangat tak suka kaum lelaki ni pandang rendah pada kemampuan yang ada kat kaum perempuan.


Tapi belajar tinggi-tinggi sangat pun, nanti orang takut nak masuk meminang plak. Maklumlah, kalau keje nanti gaji bini lagi tinggi dari laki nya.

Sebab tu dalam Islam, kalau nak carik pasangan.. seelok-eloknya biarlah yang sekufu, setaraf, sama level dan yang sewaktu dengannya la. Terpulanglah macam mana korang nak carik. Asal bahagia dah la.

Bagi aku, masing-masing ada reason yang tersendiri. Masing-masing dengan jalan yang dipilih. Ada jugak yang tak mintak pun nak jadik macam tu. Ada jugak yang keadaan memaksa sampai jadik macam tu. Dah ketentuan masing-masing. Pasrah je la. Ada hikmah yang kita tak nampak yang Dia nak tunjukkan nanti.

Isya cakap dia tak belajar tinggi. Aku anggap je dia belajar takat SPM. Dah keje nak dekat setahun lebih. Income pun dah stabil. Dapat tolong mak ayah cukup dah. Dia bukan tak nak sambung belajar. Dalam keadaan mak ayah dia yang dah tua.. menurut cerita dia, and dia pulak yang paling dekat dengan dorang, rasa tanggungjawab nak tolong mak ayah tu lagi tinggi dari sambung belajar. Sangat berdikari!

Story pasal Isya dah habis. Bukak story baru pasal kawan sama kelas masa sekolah dulu and sudah 5 tahun tak berjumpa sejak habis SPM.

          “Lagi berapa tahun nak habis?”
          “Sekarang dah part 6, ada lagi 2 part.” Aku dah pening. Ape jadah part-part yang dorang sebut ni.
          “Part? Apa tu? Sungguh janggal bunyiknya.” Aku berseloroh.
          “Part tu semester la.” Budak-budak UiTM. Manalah aku tahu. Aku budak U lain. Haha.
          “Lepas tu? Sambung lagi ke?”
“Malas dah la. Cukup-cukuplah. Nanti masuk dapur jugak. Sambung lagi ke?” Dalam hati aku rasa macam nak luku je. Cit!
“Opkos la! Aku kan amik course chef. Dah sah-sah masuk dapur!” Sedas aku tembak dia balik. Memang pecah perut gelak. Ok, yang tu tipu!

Aku sendiri dalam dilema nak sambung ke tak nak. Nak buat part-time, dorang ni cerewet.. tak nak degree holder. Kang aku tipu belajar sampai SPM je nanti dia tanya plak sebelum ni keje ape? Sungguh nampak ketidakjujurannya kalau aku cakap tanam anggur bertahun-tahun.


Borak punya borak punya sampai tak ingat dunia bila dah jumpa kawan-kawan sekelas masa sekolah menengah dulu. Bab-bab ketawa, gelak tu tak payah cakap lah. Masing-masing dah lupa diri tujuan asal ada kehadiran kat situ. Tapi tu la, bila lagi nak berkumpul ramai-ramai macam ni. Dah nak tengah malam, baru lah masing-masing pulang ke pangkal jalan.

Entri pun tamat di sini.

Sekian!

p/s : Zaman sekarang pun dah ramai laki yang 'masuk' dapur. Hehe.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment