21 October 2011

10 pertanyaan hangat yang mesti dijawab

Salam semua.


Entri kali ni, untuk gegirl je kot. Kalau boboy nak baca, baca je la. Haha.

Dalam hubungan berpasangan.. eh? Macam pelik plak ayat aku ni. Abaikan. Biar pun korang dah tahu sebahagian jawapan yang akan lahir dalam hati cik abang korang, tapi tak salah jugak kalau korang nak tanya lagi. Ini bagi memastikan sesuatu yang tak pasti. Bak kata aku, carilah kepastian yang pasti sebelum memastikan kepastian yang tak pasti tu.

Bukan tu je, mungkin akan menambahkan lagi kehangatan hubungan plus kemesraan antara korang berdua. Try lah bertukar-tukar pasangan jawapan melalui pertanyaan kat bawah ni. Kot-kot la kan, korang akan jumpa something yang tak disangka-sangka yang sebelum-sebelum ni pun korang tak pernah tahu. Jeng.. jeng.. jeng!

Ada certain orang suka cik abang dia say ‘I Love You’ banyak kali. Setiap kali jumpa je nak suruh ucap. Kalau 3x jumpa dalam sehari, kira lah selama sebulan berapa kali kena wish. Asyik jumpa je pun bosan jugak! Haha. Bagi pandangan aku lain, ada certain laki rimas kot kalau cik awek dia asyik suruh cakap benda yang sama je. Mereka merasakan bahawa perbuatan lagi penting dari percakapan.

Aku setuju jugak yang tu. Kalau setakat cakap ‘I Lap You’ je, tapi tak tunjuk pun, boleh jalan lah! Tapi setiap orang ada cara nya yang tersendiri untuk mencintai dan dicintai. Terpulanglah pada kapel masing-masing. Okeh!

Ini penting untuk korang berkongsi bagaimana cik awek dan cik abang ingin disayangi, apa yang perlu dilakukan untuk menyemarakkan lagi hubungan korang dengan cik abang korang supaya lebih hangat dari biasa cinta korang. Sebagai contoh la kan, meraikan ulang tahun percintaan korang dengan membeli hadiah antara satu sama lain. Tapi bagi aku nilai harga tak penting. Apa yang penting.. kerjasama keikhlasan pemberian tu tulus ikhlas dari hati masing-masing.

Ini pun nak kena explain ke? Lagi mahu tanya. Sudah jelas dengan torchlight lagi bersuluh dengan spotlight supaya korang berdua boleh saling memperbaiki kekurangan diri masing-masing. Cinta kan bagi melengkapi kekurangan supaya nampak perfect. Bukan mencari kesempurnaan. Okeh?

Dalam perhubungan kebiasaannya, kalau luar biasa aku tak tahu la kan.. perbezaan pendapat dan perselisihan paham tu memang tak dapat dielakkan la kan. Kadang-kadang, ada certain orang tu dia memang saje je nak cipta pergolakan. Mungkin dia berpikiran dengan cara macam tu, hubungan akan lebih akrab rapat sebab ada proses merajuk-memujuk. Tapi ada certain orang jugak tak suka benda-benda macam tu. Nampak macam tak matang. Benda remeh pun boleh jadik isu. Dah besar kan, matang sikit!

So, kalau cik abang korang yang bajet cool tu sukakan ketenangan, tak payah nak carik bala dengan bertegang urat sampai timbul urat merih leher. And kalau cik abang tu jenis nak bertekak je, sabar je lah cik awek-cik awek sekalian. Tak payah nak menggelabah mintak putus. Sebab cara dia nak hangatkan lagi hubungan cinta tu memang macam tu. Chill sudah!

Sokongan dan dorongan tu penting, and bentuk nya pun macam-macam. Ada orang yang suka diberi sokongan dengan cara dipeluk. Bagi aku macam tak kena je cara ni. Kalau girl-girl ok la. Kalau laki-girl  memang haram la kan. Belum ada pape hubungan dah berpelukan. Memang boleh disalah tafsirkan. Kecuali la korang dah jadik laki-bini. Itu tak ape. Ada jugak yang suka diberi kata-kata semangat. Yang penting sekali, bagi sokongan yang tepat untuk membantu cik abang korang untuk mengatasi masalah dia.

Ini penting untuk memastikan supaya bila salah sorang diantara korang mengalami tekanan atau masalah yang berat menimpa bertubi-tubi, korang tahu apa yang hendak dilakukan pada waktu tu.

Ahha! Ni pun penting jugak untuk korang ketahui. Sebab apa? Sekurang-kurangnya korang tahu apa yang penting dalam hidupnya. Contoh la kan perkara paling penting dalam hidup cik abang korang tu, dia terlalu sayangkan mak ayah dia. Yela, sape tak sayang dorang kan? Dia sanggup lakukan apa saja untuk mak ayah tersayang. Jadik, korang pun kene bersedia jugak untuk melakukan perkara yang sama.

Haha. Soalan ni penting jugak kot. Sebabnya, korang boleh tahu apa kekuatan yang ada dalam diri korang sehingga boleh memikat hati cik abang tu. Contohnya, cik abang ni suka sikap korang yang kelaka, funny, ceria, sampaikan bila korang buat lawak, dia boleh gelak terguling-guling. Ok, yang tu tipu! So, jadikan kekuatan ni sebagai daya pemikat hatinya supaya cik abang tu tak berpaling tadah kat orang lain.

 
Bila cik abang korang mula menyendiri dan tidak mahu korang menemani dia, mulalah korang pikir yang bukan-bukan. Kot-kot dia da ada awek lain ke. Tak payah la nak rasa lemah jiwa raga pulak. Sorry to say, korang ni macam tak dek iman je. Tuhan kan ada. Dia tak pernah lupakan kita. Kita je yang asyik lupakan Dia. Mohonlah kekuatan pada Dia. Tapi bila persoalan ni dah terjawab, mungkin korang akan lebih memahaminya. Lebih suka menyendiri sebab tak biasa nak share-share dengan orang lain kalau ada masalah. Lepas ni, janganlah tuduh mengkhinzir buta dah.

 
Yang ni korang kena tahu apa yang membuatkan cintanya tak berubah dari masa ke semasa. Korang lakukanlah berkali-kali supaya sayangnya cik abang pada korang pun berkali-kali jugak. Mesti korang suka kalau cik abang korang cakap yang dia suka dan jiwa raga dia bertambah sayang dengan memakan makanan kegemaran dia yang dimasak oleh korang. Bunga-bunga gitu hati korang. Haha.

p/s : Lelaki itu prosa alam, perempuan itu sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan itu orkestranya. 


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment