19 September 2011

Sekeping 50 sen, dik

Salam readers. Kat rumah aku ada printer. Ada 2 biji lagi tu. Sebiji memang untuk rumah, sebiji lagi aku terpaksa beli untuk print tesis, assignment dan sewaktu dengannya untuk urgent time. Habis terbang duit PT. Tapi tak ape, aku dah jual kat adik aku. Bukan nak berkira ke apa, buat pusing modal je. Haha.

Tapi dua-dua tak boleh berfungsi. Hampeh! Yang dekat rumah tak dek ink. Yang lagi satu plak ink terlebih-lebihi sampai bocor. Kalau print kertas tu kalau tak comot kena dakwat printer memang tak sah. So, kalau nak print ke, scan ke, kena pergi cyber café. Kunun-kunun under maintenance la.

 
Dah siap copy fail apa semua, aku pau ayah aku. Bukan apa, aku tak dek duit pecah.
          “Ayah, nak duit yah,” selamba je mintak. Ayah aku dah standby nak bagi not RM10.
“Duit kecik tak dek ke? Haa tu,” aku tunjuk kat beberapa keeping not RM1.
“Cukup ke?” Ayah aku tanya.
“Cukup la ni,” laju je aku amik. Nak cepat lagi pun. Malas nak deal lama-lama. Hehe.

**********

          “Bang, kalau nak print kat sini mcm mana?” aku tanya kat abang yang ada kat kaunter cyber café tu.
          “Kejap ye dik,” sopan je dia menjawab. Bapok ke ape abang ni? Muka dah macam gentleman, tapi gaya dia ala-ala kewanitaan. Macam-macam dunia sekarang ni.
          “Print kat sini je la ye dik,” aku terus bagi pendrive kat dia. “Nak print file yang mana?” tanya abang tu lagi. Klik! Klik! Dia bukak file aku seperti yang aku arahkan. Chewah! Aku yang mengarahkan. Haha.


          “File pdf ni haa. Print 2 set ye,” aku terus bagi jawapan siap-siap sebelum dia tanya nak print berapa set. Haha. “Berapa semua eh?” aku perbetulkan balik not RM1 yang aku pegang sampai renyuk.
          “RM2.. semua RM4. Print sekeping 50 sen,” sambil tersenyum mata sepet.
          “Ala bang, tak cukup pulak duit. Saya pergi amik duit lagi. Tunggu kejap ye.”
“Tak pe,” senyum lagi. Berlari-lari aku pergi kat tempat parking kereta amik dompet. Padan muka aku! Ayah aku nak kasi guit merah tadi, aku amik jugak duit biru. Haha.

“Maaf la bang, saya tak dek duit kecik,” aku bagi not RM50.
“Ok, tak pe,” sambil tangan abang cyber café tu ligat mengira duit baki. “Terima kasih ye!” sambil pulangkan balik baki duit tadi.
“Ok, sama-sama.”

Sambil-sambil aku memandu pulang, fikiran aku menerawang sampai ke cyber café kat Kolej Ungku Omar, UKM. Selalu kat situ print hitam putih 10 sen je. kalau warna pulak 20 sen. Print tesis pun tak dek rasa duit banyak keluar. Aku fikir sedalam-dalamnya. Ni lah first time aku print kat cyber café kat luar selain dari kat U dulu. Cit!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment