03 September 2011

LI | Last Farewell

Salam readers!

Aku nak bagitahu awal-awal yang entri kali ni tak dek kaitan langsung dengan raya. Haha. Masuk hari ni, genaplah sudah selama sebulan aku.. bukan aku je, dan kawan-kawan yang lain meninggalkan dunia Latihan Industri atau nama pemesnya, praktikal di Unit Fizik. 

duta? ahaha

Tapi last day masa praktikal hari tu macam tak rasa apa-apa je. Pegawai Sains (Fizik) kesayangan cuti pulak! Pergh! Kesayangan. Bukan apa, sebab pegawai tu perempuan.. kompem la sayang. Dengan pembantu tadbir, Kak Sue pun sayang jugak.     

Pegawai Sains (Fizik) ada 4 orang.. 2 lelaki, 2 perempuan. Sorang pegawai perempuan, Ms Tan dah pindah, 28 Julai hari tu. Nasib baik kitorang dah nak habis praktikal dah. Lagi 3 hari je nak habis. Tapi pegawai lagi sorang, Pn Diana cuti pulak hari Jumaat tu. Memang dah tak jumpa la sampai habis praktikal.

seumur hidup aku, aku tak pernah jumpa lagi
orang mcm Ms Tan. sangat friendly + happy

          “Pn Diana, tak boleh ke kitorang habis praktikal sebelum puasa?” Aku tak ingat la siapa yang tanya.
          “Kitorang tak kesah. Ok je. Tapi tak tahu la En Izham dengan En Mior,” balasnya. Dalam hati dah berbunga-bunga sikit. “Dorang tahu tak korang habis 3 Ogos? Rasanya tahu kan..” Sambungnya lagi.

Alamak! Harapan musnah. Kalau pegawai lelaki tahu yang kitorang habis praktikal 3 Ogos, memang kena stay sampai habis la jawabnya.

**********

Aku ingat lagi perbualan antara Rindi, salah sorang member aku yang sama praktikal tu dengan En Izham masa Jumaat lepas.

          “Eh? Hari ni korang last day kan?” Pagi-pagi masa buat QC dah dapat soalan cepumas dari En Izham.
          “Ha’ah. Hari ni last!” Confident je Rindi jawab. Kitorang kat bilik kamera gama lain yang ada terdengar perbualan tu dah tergelak-gelak dah.
          “Eh! Tipu.. last 3 Ogos kan,” jawab En Mior sambil tergelak-gelak. Kantoi sudah. Tahu-tahu aje En Mior ni. Nampak macam tak amik tahu. Haha.
          “Tak pe, sabar.. sabar.. 3 Ogos nanti kamu boleh bla,” sambil gelak-gelak tu siap lagi bagi sebijik perlian.

**********

3 Ogos pun tiba. Kitorang buat kerja macam biasa. Prepare phantom Tc-99m, buat QC kamera gama dan yang sewaktu dengannya. Semua buat dengan bersungguh-sungguh. Last day la katakan. Cit! Sambil-sambil menunggu QC kamera gama siap, kitorang sempat borak-borak dengan 2 orang jejaka, En Mior dengan En Izham ni.

kalibrasi dos untuk Tc-99m

prepare phantom Tc-99m flood tank

          “Nanti dah lepas praktikal, korang buat apa je?” En Izham memulakan bicara.
          “Buat part-time kot. Sementara tunggu nak konvo,” salah sorang member menjawab persoalan itu.
          “Konvo bila? Tahun depan?” Tanya En Izham lagi. “Bulan 9 ni,” jawabnya lagi.
          “Korang konvo tahun ni ke?” Tanya En Mior pulak. Kitorang mengangguk-angguk saja sambil tersengih-sengih. Haha.
“Sure ke semua ni konvo tahun ni?” Sambil tangan En Mior menunjuk ke arah kitorang semua. “Tak dek sangkut paper ke.. ape ke?” tanya dia lagi. Muka kitorang ada muka sangkut paper ke? Adoi~ 

tukar kertas graf. tak ingat nama spesifik dia

Bla.. bla.. bla.. pot.. pet.. pot.. pet.. “All da best la untuk korang saya ucapkan. Keep in touch, ok. Masing-masing ada facebook kan?” Kitorang senyum-senyum je. En Mior ni rajin update kat facebook. Macam-macam info dia share.

“Lepas QC ni kamu nak balik, balik lah. Tak payah stay sampai petang. Puasa kan,” kata En Izham. “Yeahhh!” Bersorak keriangan kitorang. Nasib baik tak dek patient lagi masa tu. Kot-kot bertambah sakit mendengar sorakan kitorang. Haha.

done with intrinsic uniformity

Dah habis buat QC, kitorang pun jumpa staff kat Bilik Skan. Jumpa mana yang ada je la, MA, PPK, Juru X-Ray, MLT. Dah sampai bilik, bila fikir-fikir balik, macam awal pulak nak balik. Pukul 10 pagi pun belum. Kitorang semua decide nak balik tengah hari, dalam pukul 12 macam tu la.

Kak Sue yang hantar pemergian kitorang masa tu. Kenapa aku cakap last ni macam tak dek apa-apa? Bagi aku la kan, firstly, pegawai perempuan tak dek. And yang aku rasa paling macam.. tak terluah dengan kata-kata, kitorang balik macam tu, tanpa berjumpa dahulu dengan pegawai lelaki. Haha. Tapi ok la, ada jugak Kak Sue.

Lepas meninggalkan perkarangan HKL, aku, Sai dengan Rindi pun naik bas. Tapi tak balik rumah lagi. Pergi jalan-jalan jap kat Jalan TAR, cuci-cuci mata tengok apa yang patot. Keh keh keh!

p/s : Rindu kat warga Unit Fizik =.=


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment