15 September 2011

Angkara Adobe Photoshop

Selamat sejahtera aku ucapkan kepada siapa-siapa je la yang singgah baca blog aku. Bagus apa.. aku mendoakan kesejahteraan korang. Syukur segala puji-pujian hanya untuk Dia sebab masih lagi diberi peluang untuk bernafas di ata muka bumi ini. Ok, stop mukadimah!

Entri kali ada unsur-unsur berbau geram plus bengang plus bla bla bla. Tipu la semua tu. Aku cool je. Haha. Esok aku nak follow mak ayah aku gi melawat adik aku kat USIM. Mentang-mentanglah USIM dekat, senang-senang je nak kirim barang. Kalau adik aku baca ni, mesti dia cakap, “macamlah kau ni tak pernah duduk asrama!” haha.

Antara barang-barang yang dia mintak salah satunya laptop la. Masa daftar hari tu dia tak bawak. Nak orientasi untuk pelajar baru kan. Biasalah, kecuriaan memang banyak berlaku. Pencuri-pencuri suka amik kesempatan time-time macam tu la. 


Orang lain dok sebok kalut dengan orientasi, dia pun sebok kalut nak rompak laptop, handset, duit dan lain-lain barang berharga. Aku tak cakap berlaku kat USIM je. Biasanya macam tu la. Masa aku tahun 1 dulu pun berlaku gak kecurian laptop time orientasi.

Ayah aku dah suruh kemas-kemas dah laptop adik aku. Kasi siap-siap masuk dalam beg. Siap offer suruh pakai laptop dia lagi. Dengan rasa bangga sikit, excited aku kemas-kemas. Kenapa nak bangga? Laptop ayah aku kira baru jugak. Ye! Baru sangat! Tak dek apa pun dalam laptop dia kecuali Microsoft Office. Pfftt!


Dah lah hobi sekarang suka edit-edit gambar. Saja je nak isi masa lapang yang melampau-lampau ni. Haha. Apa pun tak boleh. Terpaksa lah aku download satu-satu software yang perlu ada untuk kegunaan seharian aku. Tapi semua yang aku harapkan tak berjalan lancar. Lambat pulak laptop ni.

Dengan selo-selo dan mengambil masa yang lama, aku online guna IE untuk download Mozilla. 2 hours 43 min? Gila! Baik aku amik softcopy kat pc je. Dah kebetulan memang pc tu hidup. Fuhh! Nasib baik ada. Aku amik softcopy Mozilla dagn IDM. Kalau tak berjam la nak tunggu siap download.

Software terakhir yang aku nak dalam masa secepat mungkin adalah Adobe Photoshop. Kalau yang full version nya bapak besar gila fail dia la kan. 1.++ GB gak la. Aku try carik portable punya. Google punya google punya google, Alhamdulillah.. jumpa jugak!


Kalau ada diantara korang yang nak, boleh sedut kat sini.

Sekian!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment