11 August 2011

Tanah kubur : Part 2

Ok, sambung entri pasal Tanah Kubur :)
**********
Dekat satu sudut tangga dalam surau, kelihatan seorang budak mundar-mandir. Kejap duduk, kejap berdiri, memang tak boleh duduk diam. Kemudian, mengambil air wuduk sekali-sekala. Kadang-kadang dia terintai-intai tempat mandi jenazah tu. 

Aku saspek dia ni mungkin anak arwah. Aku macam ingat-ingat lupa akan wajahnya. Dulu aku tadika kat kampung ni. Sudah 16 tahun kot. Memang tak ingat la muka budak-budak masa satu kelas tadika dulu.
          “Mana isteri arwah?” Mak aku tanya kat Cik Ina.
          “Tu..” sambil menunding jari ke arah depan. “Yang duduk depan kita ni la,” terang Cik Ina.
          “Oh..yeke. Tak perasan pulak saya,” jawab mak.

Muka isteri arwah ada macam ala-ala cina sikit. So, memang tak salah lagi la budak yang aku cerita kat atas ni salah sorang anak arwah. Muka adik-beradik dorang semua sama je, sepesen. Senang je aku detect yang lain. 

Ada sorang anak perempuan arwah ni, muka dia macam kawan aku kat UKM. Nama dia Shafuraa Onn. Tapi aku panggil dia Pura je. Bukan sebab dia suka pura-pura ke apa. Senang nak panggil. Dua suku kata je. Tapi tak sama la dengan anak arwah tu. 

          “Nak balik ke Nadiah?” tanya mak aku.
          “Ikut mak la,” jawab aku tanpa banyak soal. Ikutkan hati memang nak balik. Tapi ayah aku sibuk. Takkan nak balik jalan kaki. Dekat memang dekat. Jalan kaki jauh jugak.
          “Lama lagi nak tunggu ni,” mak memecahkan kesunyian antara aku dengan Cik Ina. “Nanti nak ikut pergi kubur ke?” sambung mak aku.
          “Ikut mak la,” benda yang sama keluar dari mulut aku.

Tiba-tiba jenazah di bawa keluar, bersiap sedia untuk disembahyangkan. Rupa-rupanya dah siap dikafankan. Patutlah lama benar menunggunya. Aku tertanya-tanya jugak, nanti nak kafan kat mana? Orang perempuan boleh tengok ke?
**********

Selesai disembahyangkan, orang ramai berpusu-pusu pula ke tanah perkuburan. Arwah dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam KL-Karak.


          “Nak pergi kubur ke balik ni?” mak tanya lagi soalan yang sama.
          “Suka hati mak la nak pergi ke tak..ikut je,” lain sikit jawapan aku tapi maksud dia sama je.
Kalau ikutkan ayah aku, dia mesti nak pergi kubur nya. So, kitorang semua pun pergilah ke tanah perkuburan tersebut. Sebab mak aku pun cakap dia tak pernah lagi pergi sana.
Masa kat sana, aku sempat tengok arwah dalam liang lahad. Teragak-agak jugak aku nak tengok. Orang lain tengok, aku pun tengok jugak la. Aku terdengar macam ada suara bisikan, “relakanlah pemergian arwah.” Yang pastinya suara mak cik yang berdiri kat sebelah aku. Bukan suara dari alam ghaib, ok!
          “Dah belum?” kata En. Penggali Kubur. Rupa-rupanya Pak Cik Salmi yang duduk selang dua rumah dari rumah aku. “Dah haa?” tanya dia lagi kepada orang yang mengelilingi liang lahad tu. 

Kebanyakan dari mereka memberi respons dengan mengangguk-angguk saja. Kemudian, papan diletakkan bagi menutup jenazah. Dan tanah pun mula digembur-gemburkan untuk menutup liang lahad tersebut. 

Dikalangan 5, 6 orang yang memegang cangkul dan penyodok, ada dua orang anak arwah membantu mengebumikan jenazah ayahnya. Kemudian, jenazah ditalkin yang diketuai oleh Imam surau kampung tadi.
**********

Malamnya pulak, terbayang-bayang aku semua peristiwa siang tadi. Seolah-olah kat depan mata aku ni ada tayangan dari projector suasana siang tadi. Aku pejam mata je, mesti terbayang-bayang arwah kat liang lahad. Nak solat pun tak boleh nak fokus.

Sebelum tidur, aku sempat mesej-mesej dengan Sai. Aku bagitahu dia yang aku tak boleh nak lelap mata. Walhal masa tu dah mengantuk gila. Aku cerita semua hal yang erkaitan dengan siang tadi kat dia. 

          Then, dia tanya satu soalan ni, “tadi balik dari tengok orang meninggal ada mandi tak?”
          “Mandi, tapi bukan balik-balik terus mandi. Masa nak solat Zuhur baru mandi tadi,” laju je aku menaip-naip mesej kemudian menekan butang ‘send’.
          “Oh..patutlah,” reply dua ketul ayat je.
          “Kenapa?” Aku reply balik seketul.
          “Orang cakap, balik dari ziarah orang meninggal kena terus mandi,” tersentak jap aku baca mesej dia. “Bersihkan diri kot-kot kalau terkena badi mayat,” aku sambung baca lagi.

Balik dari tanah kubur, aku layan movie Korea kat laptop. Aku ingat nak mandi lambat sikit. Sempat pulak aku tidur sebelum Zuhur. Bangun pukul 2.45 petang. Patut mak aku cakap pagi tadi mandi lepas balik dari ziarah je. Sampai sekarang aku masih terbayang-bayang lagi peristiwa tu.

Selalu tengok cerita Tanah Kubur kat Astro Oasis tu tak dek la sampai macam ni. Tapi bila dah mengalaminya, asyik terbayang-bayang je. Tengok cerita Khurafat arahan Hisham tu pun tak dek la sampai macam ni.
**********
Sudah 13 tahun arwah atok aku meninggalkan dunia ini. Selama itu jugaklah aku cuba untuk melupakan peristiwa urusan pengebumian arwah atok aku. Semalam, berulang balik peristiwa tu. 

Itulah sebabnya aku tak nak ziarah orang meninggal. Sebab aku susah nak lupakan peristiwa macam tu. Orang kata, menziarahi orang meninggal dapat memberikan keinsafan, muhasabah diri dan lain-lain lagi. Aku tahu semua tu, tapi aku susah nak buang semua peristiwa dari kotak fikiran aku.

p/s : Kita sangka kan ingatan kita lemah. Sehinggalah pada suatu waktu kita cuba hendak melupakan sesuatu. Ketika itu, barulah kita tahu bahawa ingatan kita kuat sebenarnya.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Saifad Effa said...

patotla kan..sem;at layan korea sebelum tido eh.huhu..mmg kene mandi kan.lgpn baru bailk dr tanah kubur.mase arwah paksu meninggal Rabu lalu pn Fakhri ikut ayah gi kubur. and ape yg die alami same la macam adik ni.die x blh tido even dlm kete pun.die kate asyik terbayang2 muke arwah je.mane x nye,die pn tgk muke arwah mase dah kat dlm liang lahad.same mcm adik jugak kan?huhuh mase tu x mandi pn sbb kat umah org kan.ayah juz suh fakhri basuh muka ngan kaki je..jdkkan pengajaran ye syg..;)

nadeafu chan said...

@ Saifad Effa :

waaaa~kata adik, mestilah sama hehe ok, lepas nih tak mahu ziarah orang meninggal da huhu takut, tak boleh tido.

Post a Comment