19 August 2011

Personaliti melalui coklat

 
Jom jalan-jalan cari makan! Apa? Tak puasa? Jalan-jalan time nak buka nanti lah. Sementara nak tunggu waktu berbuka, jalan-jalan jap kat blog orang. Baca entri-entri mereka yang menarik. Ada satu entri ni yang telah berjaya menarik hati aku dengan bersungguh-sungguh sekali.

Selalu orang cakap warna itu dapat memainkan personaliti seseorang individu. Selain warna juga, personaliti seseorang individu itu juga dapat diketahui melalui kedudukan bilangan adik-beradik dalam keluarga dan banyak lagilah. Memang tak terkata lah kalau nak senaraikan semua.


Tidak terlepas jugak, melalui coklat pun kita boleh mengetahui personaliti seseorang itu. Tapi aku tak lah percaya sepenuhnya. Sekadar buat tambah pengetahuan, tak salah kan? Jom tengok jap!

WARNA COKLAT

Coklat Putih
Memiliki semua kekuatan untuk menakluki dunia. Tapi sayang, ada kalanya ragu-ragu nak buat keputusan. Padahal, pintu kejayaan dah terbuka luas.

Coklat Susu
Sukakan keindahan dan peka terhadap apa yang dilihat. Mengenang masa lampau dan mengingat kembali saat-saat indah sewaktu kecil mampu membuat semangat seseorang individu itu berkobar-kobar.


Coklat Hitam
Seorang yang berpandangan jauh. Pandangan dan cadangan yang dikemukakan selalunya up-to-date. Sentiasa berusaha untuk tampil lain dari yang lain. Juga gemar mengumpul barang-barang pemberian orang.

Coklat Campuran
Seorang yang fleksibel. Tergolong dalam antara individu yang kaya dengan wawasan, mudah untuk mengikut peredaran zaman dan tidak ingin diri jauh tertinggal di belakang.

BENTUK COKLAT

Bulat
Penggemar coklat berbentuk bulat menunjukkan dia seorang yang menggemari kehidupan sosial. Individu yang tergolong dalam kelompok ini memiliki ramai kawan kerana sikap mereka yang peramah dan mudah didekati. Selain itu, beliau juga tergolong antara pendengar yang baik sehingga ada yang menjadikannya sebagai tempat curahan rasa hati. Sayangnya, kerana terlalu ingin menyenangkan hati orang lain, individu tersebut sering terjebak dalam masalah mereka sehingga beliau sendiri lupa yang masalah peribadi sendiri masih belum diselesaikan lagi. Juga tergolong antara individu yang tidak setia dengan pasangan, dikatakan gemar ‘cuci mata’.


Bujur
Tergolong antara individu yang bijak bergaul. Jaringan pergaulan amat luas kerana mudah berinteraksi dengan sesiapa sahaja walau dalam apa jua keadaan. Idea-idea yang lahir dari pemikirannya memang boleh diterima pakai dan sememangnya bernas! Juga berwawasan tinggi dan ini disanjung oleh teman-teman sekeliling. Dalam perhubungan pula, tidak ragu-ragu untuk mencari teman baru sekiranya si dia dirasakan agak membosankan.

Kotak
Setia, gemar merendah diri dan romantis adalah sifat individu tersebut. Kerana sikap romantis itu, tidak hairanlah pasangannya akan tetap setia di sisi. Memiliki daya konsentrasi tinggi dalam bekerja dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi wawasan diri. Tetapi sekiranya ada konflik melanda, terlalu mudah melatah! Ada kalanya seakan cuba lari dari berhadapan dengan masalah, tiada inisiatif untuk cuba menyelesaikannya.

KANDUNGAN COKLAT


Almond
Keperibadian yang dinamik. Akur pada perubahan. Kejayaan adalah matlamat utama dalam agenda kehidupan. Juga tergolong antara individu yang gemar menolong. Biasanya masalah teman-teman dan keluarga mampu selesaikan. Walau bagaimanapun, perlu berhati-hati memberikan perhatian terhadap individu yang memerlukan itu kerana dikhuatiri akan memberi perhatian secara berlebihan.

Karamel Cair
Percaya pada kemampuan diri sendiri. Tanpa banyak bicara, semua tugasan yang perlu diselesaikan pasti berjaya direalisasikan dengan baik. Selain itu juga seorang yang murah hati. Gemar berbelanja dan gemar menawar diri untuk membuat kerja-kerja amal. Juga dikategorikan antara individu yang rambang mata terutama ketika membeli belah.

Karamel Keras
Selain pandai menjaga hubungan dengan orang lain, juga seorang yang berdisiplin dan jujur. Istilah terlambat memang tidak termaktub dalam kamus hidup. Masa adalah wang. Hidup untuk bekerja, semua yang diraih adalah hasil kerja keras. Sayangnya, sering tidak menghiraukan pendapat orang lain yang ada kalanya boleh diterima pakai.


Hazelnut
Seorang pencinta alam. Keharmonian alam yang terjaga membuatkan fikiran berasa tenang. Sayangnya, kerana terlalu dekat dengan alam membuatkan individu tersebut menjadi seorang yang pemalu. Tidak hairanlah bila beliau sering dikatakan pemalu oleh teman-teman.

Kacang Tanah
Semua perkara dalam hidup ini tidak perlu dibuat susah, cukup bahagia dengan hidup ini. Sayangnya, kadang-kadang akan berasa kesepian di dunia kecil yang diciptakan sendiri. Cubalah sesekali meluangkan masa dengan teman-teman lain. Pasti kehidupan akan menjadi lebih bermakna.

Pudina
Hari esok harus dihadapi dengan semangat tinggi. Sangat yakin dengan apa yang dilakukan. Seorang individu yang tidak pernah ketandusan idea. Tidak pernah membataskan kehidupan dengan peraturan, melainkan peraturan yang dibuat sendiri.

uiks?ni kasut ke coklat?

**********

Bagi aku, aku sangat sukakan coklat hitam. Sebab rasa coklat dia tu lebih pekat berbanding dengan coklat putih dan coklat susu. Semua bentuk coklat aku suka, boleh je masuk dalam mulut ni. Tapi aku lebih sukakan bentuk coklat yang petak. Untuk kandungan coklat pulak, aku sangat sukakan hazelnut. Almond dengan kacang tanah pun ok jugak. Coklat yang aku jarang makan ialah perisa pudina. Boleh kira berapa kali aku makan. Rasa macam baru lepas gosok gigi pulak lepas makan.

Kadang-kadang, kita tak tahu personaliti diri sendiri. Orang-orang yang berada di sekeliling kita yang boleh menilai kita ni macam mana.  Tapi dengan menjawab kuiz.. kuiz ke? Tak kisah la apa pun.. dengan cara ni, kita boleh tahu jugak personaliti kita walaupun ada kalanya kurang tepat. Kalau berani, cek la sendiri. Haha.
  
Ok, sampai sini sahaja. Selamat berbuka kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat. Masa buka nanti, berpada-padalah ye. Jangan diturutkan sangat nafsu makan tu :)

Sumber asal : blog cik coklat


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment