27 August 2011

Antara hitam dan putih

Salam dan selamat sejahtera readers!

Blog aku sudah bertukar warna! Dulu warna hitam, kini berwarna putih. Kenapa aku pilih warna putih? Dalam banyak-banyak warna, aku suka warna hitam, coklat dan putih. Antara coklat dan putih, aku sangat lagi suka warna coklat. 


Description blog punya lah tak boleh blah! ‘...you should throw all the paint on it you can!’ Haha. Untuk blog aku, aku prefer warna putih sebab kalau aku amik warna coklat.. kira dikategorikan sebagai gelap jugak lah.

Thanks aku ucapkan kat kawan aku yang sorang ni. Dalam banyak-banyak orang yang baca blog aku, dia sorang je yang kasi komen fasal warna blog aku. Kawan yang rapat, selalu ada dengan aku pun tak dek komen fasal warna-warna ni. 


Mungkin mereka tak kesah kot. Tapi sebab kawan yang sorang tu cakap dia sakit mata baca blog aku. Sakit mata? Mungkin dia tak suka segala ke‘merepek’an aku dalam blog ni. Keh keh keh!

Dia sakit mata baca blog aku sebab warna blog la..

Sakit mata ke? Aku pun duduk berteleku jap! Dalam pengetahuan aku, hitam boleh ditakrifkan sebagai kesan penglihatan yang dialami bila tiada cahaya nampak sampai ke mata. Pigmen-pigmen yang menyerap tanpa memantulkan cahaya balik ke mata ‘kelihatan’ hitam.


Putih pulak sejenis warna yang mempunyai kecerahan yang tinggi tapi tidak mempunyai rona warna. Tapi cahaya putih ada semua wrna dalam spektrum nampak. Sometimes, dikategorikan sebagai ‘warna akromatik’.

Then aku pun try la fikir-fikir balik. Try buat eksperimen kat blog aku ni. Cari template blog yang putih, bersih, suci, tulus warna putih. Cari.. cari.. dan cari.. last-last aku malas nak cari dah. Banyak jugak template warna putih. Ak tahu nak pilih mana.


Beberapa hari lepas tu, aku duduk depan laptop lagi. Menghadap blog aku yang ada banyak campuran, macam-macam jenis warna hitam. Kosong, gelap, memang tak boleh fikir apa la. Aku pun tukar.. bertukar! Jadiklah warna putih. 


Sekian!

p/s : Jika ku seorang pelukis, akan ku warnai dunia dengan warna putih.. agar tiada gelap lukisannya. | Putihnya Lukisan - Meet Uncle Hussain


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment