11 August 2011

Tanah kubur : Part 1


Di suatu petang Ahad yang damai. Cuaca kelihatan sungguh tenang. Tenang ke? Tak pasti la pulak sama ada hujan ke, panas terik ke, dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya. Tapi bagi aku, ok la.

          “Mak..mak nak tahu tak? Pak Cik Jaafar tu sekarang ada kat ICU,” kata abang aku yang sulung sambil tangannya ligat menge’test aplikasi yang ada dalam iphone 4.
          “Mana kau tahu?” soal mak pulak.
          “Anak dia yang cakap la mak.” Tangannya masih ligat lagi dengan iphone 4 nya.
          “Bila masa jumpa anak dia?” soal mak lagi.
          “Ni abang tengah betulkan handset dia la ni mak,” sambil menunjukkan iphone 4 berwarna putih itu. Ye! Itu adalah handset anak Pak Cik Jaafar, selaku kawan salah seorang kawan kepada abang aku.

          Abang aku merupakan seorang engineer. Tapi bab-bab yang berkaitan dengan gadget, software, komputer, laptop dan yang sekutu dengannya, dia memang mahir. Nak kata dulu amik kos komputer, tak pernah. Tak silap aku, semuanya dia belajar sendiri. 

Bak kata orang, kalau dah minat gila dengan sesuatu benda, apa pun boleh. So, ramailah di kalangan kawan-kawan dia, tak  terlepas jugak di kalangan kawan-kawan aku, memerlukan khidmatnya untuk membaiki. Terutama sekali, laptop la. Apa lagi kalau sebagai seorang student macam aku ni.

          “Sakit apa?” Tiba-tiba mak bertanya lagi.
          “Ala, biasa la mak. Sakit orang tua. Dia da selalu keluar masuk hospital da. Macam-macam penyakit ada,” terang abang aku panjang lebar.
**********

Waktu sahur, aku selalu sahur depan tv. Maksudnya sahur sambil tengok tv. Bukan sambil makan sambil duduk depan tv. Selalu pukul 5 pagi tu ada cerita Tanah Kubur kat Astro Oasis channel 106. 

Cerita tu bagus, banyak pengajarannya. Dalam tv tu cakap, selalu kalau nak tahu arwah tu baik ke jahat ke, tengok muka dia sebelum dikebumikan. Wallahu’alam. Aku tak pasti. 

          “Nadiah, nanti temankan mak tengok orang meninggal ye.” Keliru sekejap. Itu pertanyaan ke penyataan.
          “Siapa yang meninggal?” Berkerut-kerut kening aku. Selalu ada je orang yang meninggal kat kampung ni. Tak pernah-pernah pun mak nak ajak aku.
          “Pak Cik Jaafar dah meninggal,” bersahaja je mak aku menjawab.
          “Pak Cik Jaafar mana?” Aku tanya lagi, mahukan kepastian.
          “Ala, Pak Cik Jaafar, orang kampung jugak. Kawan ayah,” berusaha mak aku menjelaskan. 

Aku rasa kalau mak aku explain panjang lebar pun aku tak ingat gak. Tapi bagi aku, nama tu macam ingat-ingat lupa dalam kotak fikiran. Aku diam membisu seribu bahasa.
**********

          “Nak pergi ke tak? Jomlah, temankan mak.” Mak aku cuba nak cucuk jarum. Aku tengok jam kat laptop pukul 7.46 pagi. Pagi tadi ayah aku ada cakap nak pergi pukul 8 sebab dalam sekitar antara jam 8 hingga jam 9 mungkin jenazah akan mula dimandikan. Semua urusan dibuat di surau kampung je. 

Dalam hati aku sudah berbelah bahagi. Nak pergi ke tak nak. Mesti korang tertanya-tanya, kenapa aku tak nak pergi ziarah orang meninggal? Ziarah je pun, bukan pergi uruskan jenazah tu. Ada sebab dia. Tak semua orang sama, ok!
**********

Masa aku darjah 3 ke darjah 4. Aku tak ingat la. Atok aku sudah dijemput oleh Ilahi. Pemergiannya ditangisi. Aku ingat lagi bini pak cik aku menangis meraung-raung masa arwah atok aku tengah disembahyangkan. Punyalah beriya adik-adik mak aku merangkap mak cik-mak cik aku memujuk beliau.  

Aku dengan sepupu-sepupu aku yang lain duduk kat satu sudut rumah. Dari satu, aku ter’skodeng’ pulak di balik celah-celah tirai masa arwah atok aku dimandikan. Orang tua-tua cakap, budak-budak tak boleh tengok. Walaupun aku tak tengok secara dekat, dari celah-celah tirai tu pun sudah kelihatan jelas dan nyata.

Selesai dimandikan, arwah atok aku dikafankan pula. Kalau untuk jenazah lelaki, kain kafan adalah sebanyak 3 lapis, manakala untuk jenazah perempuan pula adalah sebanyak 7 lapis. Kenapa eh sampai 7 lapis?

Selesai dikafankan, para saudara mara dibenarkan untuk menatap wajah arwah buat kali terakhir. Ada yang cium dahi, ada yang cium kaki, ada yang buat dua-dua sekali. Aku tengok mak cik-mak cik aku rileks je. 

Dalam fikiran aku dah merapu macam-macam. Kot-kot kalau aku cium dahi arwah atok aku, silap-silap mata dia boleh terbukak. Mahu terkucil aku kang.
**********

Jenazah Pak Cik Jaafar pun tiba. Orang ramai terutamanya team yang dikhaskan untuk memandikan jenazah bersiap-sedia untuk memandikan arwah. Kat celah-celah orang ramai tu, aku nampak ayah aku pun ada jugak sewaktu mengangkat arwah dari van ke tempat mandi.

Fikiran aku bekerja keras bagi mengingati siapakah Pak Cik Jaafar. Mak cik-mak cik kat sini pulak sibuk berborak-borak. Termasuklah mak aku jugak berborak dengan jiran sebelah rumah. Aku duduk diam melihat dan menghayati suasana di dalam surau tersebut. 

          “Semalam Ina dah pergi rumah dia melawat lepas solat terawikh. Mie ada pergi tak?” Tanya jiran sebelah rumah aku ni.
          “Saya tak pergi. Semalam ada jugak Cik As (jiran rumah sebelah jugak) datang rumah ketuk pintu, ajak melawat. Tapi Cikgu (gelaran yang orang kampung bagi) tak bagi sebab dah tengah malam,” cerita mak aku. “Cikgu cakap pergi esok pagi je, kat surau,” sambung mak aku lagi. “Ada diorang datang. Tapi dah nak pukul 12 da. Dah nak tengah malam.”
          “ Kami pergi ramai-ramai lepas solat terawikh. Meninggalnya petang macam tu la, pukul 5 lebih kurang.” Terang Cik Ina.
**********

Sebelum pukul 10 malam, aku dah settle buat terawikh. Aku buat kat rumah je. Nak follow ayah aku pergi surau, confirm tak ngam. Nanti mula lah tercari sana-sini. Itu belum lagi kalau aku kena tunggu lama sebab ayah aku duduk berborak dengan orang surau. 

Lepas buat terawikh, mata aku akan mula rasa berat gila. Bila dah macam tu, aku pun stand by dah tilam, selimut dengan bantal. Lepak depan tv itu mesti. Aku buat-buat enjoy cerita kat tv tu walaupun tak best mana. Then lama-lama tv pulak yang enjoy tengok aku walaupun aku ni tak best mana. Tidur lena lah aku sampai la aku akan terjaga tengah malam. Itu wajib. Cis!

Masa aku terjaga tu, aku rasa rumah aku terang-benderang. Aku terdengar mak, ayah dengan adik aku rancak berbual itu ini. Rasa macam ada orang datang pulak. Tapi takkan la dorang tak kejut aku kalau ada tetamu. Jatuhlah air muka aku kalau dorang dah tahu gaya aku tidur. Nak tanya tapi malas. Aku sambung tidur balik.

Bangun sahur tu la baru aku tahu ceritanya. Masa kat surau tu jugak lah aku tahu ceritanya dengan lebih lanjut. Rupa-rupanya Pak Cik Jaafar tu dah meninggal.
**********
p/s : Aku sambung lain la ye :) 


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment