10 August 2011

Menggamit memori


Selalu lepas Subuh je, aku mesti nak menghadap laptop. Ye la, macam-macam ada dalam laptop kan. Selalu aku tengok movie je. Tapi hari ni aku tak nak tengok movie. Selalu kalau aku tengok movie nanti, last-last movie tu yang tengok aku. Korang ada minat yang sama macam aku tak? Aku suka main time management game. Sikit je lagi aku nak habiskan Hotel Dash 2 : Luxuries Hotel. Tapi da lama-lama tu rasa bosan jugak. 

            Pagi ni Incik Ayah nak pergi pasar. Puan Mak suruh berbelanja.
“Nak ikut!” Aku tanpa berfikir panjang laju je menyuarakan hasrat hati.
“Pergilah ikut sana,” kata mak.
“Nanti bau ikan apa semua,” sambung ayah.
“Ala, macam tak biasa. Kecik-kecik dulu kan dah selalu pergi,” aku menyambung. Sambil berlari-lari  masuk ke bilik sebab nak tukar baju.

Ye! 10 tahun dan ke belakang, aku selalu teman ayah pergi pasar. Paling koman pun aku tolong pegang plastik buah-buahan je. Kecik lagi, apa la sangat kudrat nak bawak bakul yang berisi ayam, ikan, daging dan apa semua tu lagi la. Zaman aku kecik-kecik dulu susah nak dapat bakul yang ada roda tu, yang orang dok tarik ke sana ke mari.

Menunggang motor pagi-pagi sangat best sambil menghirup udara segar. Lagi pulak masa nak pergi Pasar Borong Selayang tu, ayah lalu jalan kampung. Skill mengendalikan motor ayah masih ampuh, lagi-lagi bila mencelah kat tepi-tepi kereta time jalan jem. Biasalah, pagi-pagi ramai dah orang kat pasar. 

Selalu pergi pasar, mesti beli yang basah dan segar dulu macam ayam, daging, ikan dan yang sewaktu dengannya. Masa sampai kat gerai jual ayam, aku tenung je pak cik tu. Agak-agak dia ingat aku lagi tak. Dulu kecik je, sekarang dah besar. Nasib baik dia tak banyak tanya. Tapi muka dia tak berubah. Still maintain macam 13 tahun yang lalu.

Lepas dah beli ayam seekor dua ekor, beli ikan pulak. Aku suka ikan sela kuning. Memang feveret la dari dulu sampai sekarang. Kalau buat lauk tapi tak habis, aku je la yang meratah sorang. Dulu sekilo RM3.50 sekarang ni sekilo RM7.50. Ikan keli murah pulak, sekilo RM5 je. Ikan keli kalau lambat datang, kompem habis dah. Tak dek stok.

Then, baru cari sayur-sayuran dan buah-buahan pula. Penjual sayur pun tak berubah orangnya. Beli kat tokei yang sama jugak cuma pekerja dia je ada sorang dua orang yang bertukar. Tapi ada sorang uncle Cina ni je berubah, nampak la yang dia tu dah tua masa kitorang nak beli buah kat gerai dia.

“Bos, u banyak lama meniaga kat sini la,” ayah aku start borak-borak sebab uncle tu peramah orangnya.
“Yala, sudah lama. Muka pun sudah nampak tua,” jawab uncle tu sambil gelak-gelak.
“Tu la, sudah tua tapi masih meniaga,” sambung ayah aku.
“Tapi sikalang susah la.. aiyoo. Meniaga pun boleh tido,” tangan dia ligat menimbang buah yang sudah dimasukkan ke dalam plastik. “Sambil berdiri pun boleh tido,” sambung dia lagi. Memang tergelak besar la kitorang semua kat situ. Buat lawak pulak uncle tu.

Dah siap berbelanja apa semua, kitorang pun balik. Kali ni, aku boleh angkat plastik besar kiri kanan tangan. Kudrat dah banyak sikit haha. Balik ni tak lalu jalan kampung dah. Lalu jalan besar. Kang susah pulak ayah aku nak mencelah dengan motor. Ye la, kiri kanan tangan aku, aku pegang plastik. Boleh sangkut nanti kang.

Sampai rumah kena terus mandi. Bau ikan oh walaupun aku tak jual ikan kat pasar. Dah siap kemaskan diri, barulah aku start menaip untuk entri kali ni hehe. Kenangan dulu-dulu sungguh menggamit memori. Semoga masih diberi kesempatan lagi untuk mengulangnya berkali-kali. Selamat berpuasa!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment