18 August 2011

Manisnya sebuah pertemuan

16 Ogos
Tahun 2011

Siapa sangka, sudah 13 tahun terpisah akhirnya kami bertemu juga. Pertemuan itu memang indah. Segala doa dan harapan yang dipohon pada-Nya sudah dimakbulkan. Kata orang, kalau dah jodoh takkan ke mana. Facebook juga lah yang menjadi pengantara pertemuan kami ini.

Anis Amanina. Orangnya kecik-kecik, putih melepak, comel je. Kami rapat sewaktu berada di darjah 3. Duduk sebelah-sebelah, paling hadapan pulak tu. Entah kenapa, sewaktu berada di darjah 1 dan 2 macam tak perasan pulak kehadiran dia. Padahal sama kelas.

gambar kelas masa darjah 2. Anis dalam kotak merah.

Beberapa tahun lepas dia pindah keluar dari Semenanjung. Sejak dari itu aku dah tak dengar khabar berita dia lagi. Nak contact, tapi tak tahu nombor dia. Apatah lagi nak berutus surat, memang tak dek harapan la. Ada jugak tanya Pa’an. Dia ada dengar khabar pasal Anis ke tak. Diorang ni duduk kat satu taman perumahan. Lorong rumah je lain.

Hampir 10 tahun berlalu, masih tiada lagi khabar berita dari Anis. Ada jugak cuba carik kat Friendster. Type nama Anis, then klik search. No result found. Masa tu masih zaman kegemilangan Friendster. Myspace ada jugak, tapi tak femes pun. Apatah lagi Facebook, 2, 3 orang je atau pun tak sampai 10 orang je yang guna laman sosial tu.

Aku selalu jugak tengok kat surat khabar Kosmo! yang kat bahagian kiriman sms tu. Kadang-kadang aku belek satu-satu ucapan kat situ, kot-kot la dia carik aku ke, ada orang carik dia ke. Sampaikan aku sendiri pernah terfikir nak hantar kiriman sms kat Kosmo! tu. Tapi aku tak buat pun. Sebab masa tu aku rasa macam mustahil je.

Imbas kembali
Tahun 1998

Hari ni merupakan hari terakhir dia berada di sekolah ini. Esok lusa nya, dia dan sekeluarga akan berpindah ke Sarawak.
          “Anis, mak Anis dah sampai,” sambil aku menunjuk ke kereta kancil putih yang baru masuk ke kawasan sekolah. Dia pun segera bangun sambil menepuk-nepuk punggungnya, menghilangkan habuk.
“Biar kita tolong bawakan beg Anis,” aku meng’offer’ diri nak tarik beg dia. Sudah lah Anis ni kecik orangnya, beg sekolah dia pulak lebih kurang sama je dengan saiz badan dia. Tu sebab dia pakai beg yang ada roda tu. Senang nak tarik.

Teringat-ingat aku ada satu petua yang dia bagi kat aku. Kebetulan masa tu kami terjumpa seurat rambut. Tak tahu lah rambut siapa. Nak kata rambut lelaki, macam panjang je tengoknya. Lepas tu, Anis amik rambut tu. Dia letak dekat pelipat antara lengan dengan bahu tu. Lama dia bengkokkan lengan dia. Lepas tu dia bukak, tenung lama-lama kat rambut tu.

          “Kalau nak tahu anak lelaki ke perempuan, buat macam ni,” sambil berulang-ulang dia bengkokkan lengan dia. “Lepas tu tengok la, rambut tu kerinting ke lurus.” Dalam hati aku dah fikir macam-macam. Anis ni nak kenakan aku je kot.
          “Kalau kerinting kenapa? Kalau lurus kenapa?” aku bagi bukan satu, tapi dua persoalan kat dia.
          “Tengok.. kerinting kan? Maknanya nati dapat anak perempuan. Kalau lurus, dapat anak lelaki la.” Sambil dia tunjukkan rambut yang kerinting tadi kat aku.
Aku tak tahu sama ada rambut dah memang kerinting, atau kerinting masa dia bengkokkan lengan dia tadi. Haha.

**********

Aku tak tahu apa reaksi Anis kalau dia baca blog aku ni. Entah dia ingat lagi ke tak peristiwa rambut yang telah dijadikan bahan eksperimen oleh dia sendiri. Kenangan itu indah kan? Tapi yang indah tetap hidup dalam kenangan.

Wassalam.

p/s : Anis, jangan marah ye! Rindu la. Huhu :) 


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment