14 August 2011

Aku bukan seorang guru


Nak jadi seorang pendidik bukan lah susah mana pun, dan bukan lah senang mana pun. Lagi pulak budak-budak zaman sekarang ini terlebih advanced! Mereka dibesarkan dalam zaman serba canggih dan berteknologi tinggi.

Macam anak buah aku la, Adriana. Umur baru 2 tahun. Guna ipad mengalahkan orang besar. Orang lain nak guna pun tak bagi. Kalau dia bagi makcik-makcik dia guna, memang time tu mood dia sangat baik. Dia tahu, ayah dia install banyak aplikasi yang memang khas untuk kanak-kanak macam dia. 

budak zaman dulu pun ada ipad jugak la
Kalau anak buah aku yang lagi sorang tu, Adam nak main ipad, kena tunggu si Adriana ni tidur, atau pun keluar bermain dengan kawan-kawan dia yang merangkap anak-anak jiran kat rumah aku ni atau pun ikut atok dia pergi naik motor jalan-jalan.

 Kadang-kadang sampai bergaduh, bercakaran, habis luka-luka, calar balar. Kalau sorang tak menangis, dua-dua tu nangis. Selalu Adam yang nangis. Kalau Adriana yang nangis, tak lama sikit sampailah angin kus-kus dia tu.

Tapi aku tak tipu. Adriana pandai bukak youtube sendiri. Cari cerita feveret dia, Upin & Ipin tu. Kalau tak Upin & Ipin, cerita Dora The Explorer. Time dia tak tahu nak buat apa, dia main game kat dalam ipad tu. Pergh! Terkesima sekejap aku.

Kita sambung balik cakap pasal pendidik atau dalam erti kata lain cikgu, guru, pensyarah, mudir, ustaz, ustazah dan yang sewaktu dengannya. Kenapa aku tulis entri pasal ni? Sebab hari tu aku mengeluh kat depan laptop.Boleh pulak kan.

Semua movie aku dah tengok. Semua game aku dah habis main. Dah bosan, tu yang mengeluh. Incik Ayah ni terdengar pulak keluhan aku. Berlaku kekantoian di situ.

          “Aih.. bosan ke?” Ayah aku tanya tiba-tiba. “Bocah iki.. bla bla bla,” dia cakap dengan Mak pulak. Macam lah aku tak faham bahasa komunikasi dorang.

Mak dengan Ayah aku selalu macam tu. Kalau nak cakap apa-apa pasal anak dorang, mesti guna Bahasa Jawa. Bahasa rasmi dorang. Macam lah kitorang tak faham. Kadang-kadang tergelak-gelak kitorang adik-beradik dengar.

          “Nadiah, kau minat mengajar tak?” Tanya ayah. “Nak tak jadik cikgu ke.. ayah boleh tolong tanyakan,” sambung ayah lagi. Rasanya aku tak sempat fikir kot soalan yang first tadi.

Ayah aku dulu jadik cikgu. Tapi sekarang dah pencen. Kalau ada sesiapa yang menyuarakan hasrat hati nak buat part-time, kerja pertama yang terlintas adalah cikgu.


          “Mengajar? Jadik cikgu ke?” Tangan aku ligat mengawal tetikus supaya aku dapat expert score dalam game yang aku main.
          “Cikgu sekolah mana yah? Rendah ke menengah?” Tanya mak aku pulak.
          “Ala, cikgu sekolah rendah je. Buat part-time,” sambung ayah.
          “Tak nak lah ayah. Tak minat la nak ngajar budak-budak ni,” jawapan spontan dari aku. “Budak-budak sekarang bukan macam budak-budak zaman dulu. Tak boleh caye langsung,” lancar je ayat tu keluar dari mulut aku.
          “Eleh.. macam la dia tu dulu tak pernah jadik budak,” tergelak-gelak ayah aku.
          “Budak-budak sekarang semua dah maju. Tengoklah macam cucu awak tu. Belajar pakai ipad. Mananya nak pegang kertas dengan pen,” tu dia hujah yang mantap sekali dari mak aku. Memang pecah perut la semua tergelak.

Nak jadik seorang pendidik, hati kena ikhlas. Kena minat. Kalau ikhlas dengan minat tak dek, susah la nak jadik cikgu. Psikologi kanak-kanak tu penting. Nanti senang nak mengajar budak-budak tu.

Kalau korang jadik cikgu yang best di mata anak murid korang, kompem nanti masa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah korang akan dinobatkan sebagai guru yang paling disayangi, guru yang paling sporting, guru yang paling kelakar dan semua anugerah lah korang conquer.

Tapi kalau setakat mengajar ikut buku teks, tak payah fikir panjang nak buat part-time. Korang suka ke cikgu yang mengajar sebiji-sebiji dalam buku teks? Aku sememangnya tak suka. Baik tak payah pergi sekolah. Belajar kat rumah dengan buku teks je.

Cukup-cukuplah duduk rumah. Mak ayah dah bagi ilmu secara tak formal. Kenalah seimbangkan pendidikan formal dengan tak formal tu. Jangan tak dek pendidikan moral langsung dah la. Apa yang paling penting ialah pengalaman merupakan guru yang paling baik.


p/s : Guru itu umpama lilin yang membakar diri.    

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment