12 August 2011

Aktiviti masa bosan


Lepas sahur, macam biasa lah aku tak tidur. Aku tak suka sebenarnya tidur lepas Subuh lagi-lagi lepas sahur. Nanti kompem dapat ceramah free dari Puan Mak. Lepas menunaikan solat fardu Subuh, aku duduk termenung jap kat atas sofa. Berfikir lepas ni nak buat apa.

Tiba-tiba terlintas pula idea nak kemas bilik. Selama ni keluar masuk bilik tak dek pulak rasa nak mengemas bilik tu. Tapi tak tahu pulak nak start mengemas dari mana. Aku tanya kawan aku, dia kata start la mengemas dari meja, kemas yang kecik-kecik dulu.
Masa aku mengemas, aku terjumpa satu kotak harta karun. Harta karun la sangat kan. Aku selongkar kotak tu. Pergh! Banyak gila khazanah dalam tu. Khazanah apanya, buku-buku masa zaman-zaman sekolah dulu banyak la. Aku start belek satu-satu buku dalam kotak tu. 

Nak buang sayang. Beli pakai duit. Nak jual, rasa sakit hati pulak. Dulu aku pernah tanya satu tempat ni. 1kg kertas si penjual tu kasi 10 sen je. Ceh! Memang panas la kan. Tiba-tiba aku teringat adik-adik kawan aku ni ramai. So, jauh lagi perjalanan dorang nak masuk U. aku pun start mengacau dia pagi-pagi ni.

Aku : Kak Uda, adik-adik nak tak buku form 4, form 5?
Dia : Boleh jugak. Lagi pun Nisa amik akaun huhu
Aku : Nadira dulu amik akaun. Boleh la. Add math nak tak? Banyak gila buku rujukan.
Dia : Mahu3. Sama lah dengan Nisa. Dia ada amik add math jugak.
Aku : Tapi macam mana nak bagi? Huhu
Dia : Hehe tu la. Nanti kita fikir-fikir ye. Simpan dulu

Sambil-sambil tu, tangan aku ligat jugak bergerak. Mana-mana kertas yang tak guna aku buang. Kalau ada buku-buku lagi aku campak tepi jap.

Aku : Komsas Bukit Kepong untuk form 4 kan?
Dia : Ha’ah kot. Tak ingat la
Aku : Tak pe. Kita bagi je. Mana yang tak pakai buang je la. Tak pun jual kat kitar semula. Ok?
Dia : Okeh. Mekaseh tau!

Aku kemas-kemas lagi. Jumpa buku Perdagangan. Aku tak ingat di kalangan keluarga aku yang ada amik subjek Perdagangan.

Aku : Ada siapa-siapa amik Perdagangan tak?
Dia : Tak dek huhu Ata dulu ye la

Dah siap kemas buku-buku dalam bilik, aku kemas pulak buku-buku kat rak buku luar. Dah alang-alang nak kasi kat adik kawan aku tu, baik kasi semua. Ye tak? Dekat rak buku luar banyak buku-buku teks aku masa form 4 dengan form 5 dulu.

Aku : banyak buku-buku kita. Subjek Sains. Buang je la. Tak dek siapa nak dh. Sekarang pun belajar dalam BI. Tapi sayang. Baru setahun pakai huhu tak pe la
Dia : Sains? Nisa ada amik Sains huhu
Aku : Pure Science? Fizik, Kimia, Biologi?
Dia : Yurp! Pure Science. And Kimia. Yang lain tak amik
Aku : Tapi dalam BM huhu
Dia : Boleh kot. Biar senang faham huhu
Aku : Kimia je la eh? Ok!
Dia : Ha’ah. Eh, yang subjek Sains tak dek?
Aku : Tak dek siapa amik Sains huhu kitorang amik Fizik, Kimia, Biologi huhu
Dia : Ok bebeh hehe

Asyik mengemas, terjumpa pulak buku English Literature Form 4. Korang ingat lagi tak yang short story The Necklace tu? Aku suka gila baca cerpen tu. Femes kot!

Aku : English Literature ada tak belajar yang The Necklace semua-semua tu?
Dia : Ada kan? Tapi tak tahu lah silibus sekarang macam mana
Aku : Pendidikan Islam form 4 macam mana?
Dia : Tak tahu huhu

Semua tak tahu budak ni. Ish..ish..ish!

Aku : Una ada amik Geografi tak?
Dia : Amik..amik.. Form 2 kan huhu


Ok! Dah siap kemas. Banyak jugak buku-buku teks dan rujukan. Sekurang-kurangnya tak dek la totally nak buang semua. Selamat beramal jariah.

p/s : Last-last bilik aku jugak yang tak habis kemas.



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Saifad Effa said...

ehhh..gambar itu!ehehe mane la nak tau sgt syg oii.adik i yg blaja.i tau sket2 je.x wat spotcheck lg.heee~mekaseh ye.ayat2 tu sebijik mcm dlm mesej kan.haha ;pp

nadeafu chan said...

@ Saifad Effa : ehe bukans aja sebijik..sebijan pun ye jugak :D

Post a Comment