17 August 2011

Ada cerita disebalik gelas


Siapa ada salah satu hobi yang sama macam aku, mengumpul barang-barang untuk dijadikan koleksi. Tak kiralah koleksi apa pun. Silalah teruskan membaca entri ni. Kalau tak dek, tak pe. Dah tak dek, nak buat macam mana.

Aku ada terbaca dalam satu artikel ni. Tapi bukan artikel yang serius la. Dia cakap, sila berhati-hati dengan pasangan yang mempunyai hobi mengumpul barang. Alasan dia adalah, sekali korang buat silap dengan pasangan korang, selama-lamanya dia takkan lupakan kesalahan tu.


Apa kena mengena kesalahan korang dengan barang yang dia kumpul? Alasannya lagi adalah, orang yang kumpul barang ni dia peka dengan barang-barang dia. Dia tahu mana barang yang rosak, mana barang yang dah tak berfungsi dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan barang dia lah.

Apatah lagi kalau hilang, dah sah-sahlah dia dapat detect. Kot-kot tersalah letak ke, ada orang nak curik ke. Kata koleksi kan. Kalau hilang tapi buat tak hairan je, itu bukan pengumpul barang namanya. Begitulah al-kisahnya lebih kurang. Kan aku dah cakap, tak serius mana pun.


Belum habis lagi. Aku tak bagi tahu lagi aku kumpul barang apa. Jeng.. jeng.. jeng! Aku ‘ter’kumpul McD Coca-cola can glass tu. Maksud ‘ter’ di situ adalah tak sengaja, ok! Memang tak berniat pun pada asalnya. Tapi.. tak semua sebenarnya. Ada yang memang aku nak. Haha.

Mungkin sebab tak berniat ‘sangat’ tu la aku dapat kumpul keenam-enam cawan tersebut. Sebab sebelum-sebelum ni aku nak try kumpul gelas coca-cola jugak. Ala, yang dulu-dulu tu. Tapi dapat 4 je. Orang selalu cakap, kalau kita nak kan sesuatu tu, beriya-iya haa.. mesti tak dapat. 
 
Berlaku kekonfiusan dalam diri aku jap. Kalau berusaha bersungguh-sungguh, kan nanti lama-lama berjaya. Aku rasa berlaku perbezaan yang besar antara maksud perkataan ‘beriya-iya’ dengan ‘bersungguh-sungguh’ ni.


Setiap satu gelas McD yang aku kumpul tu, ada cerita dia yang tersendiri. Nantikan entri seterusnya akan datang. Di sebalik gelas, ada cerita yang tersembunyi. Hehe.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment