18 August 2011

30 sikap aneh perempuan bila jatuh cinta


Entri ni khas untuk orang laki je. Untuk orang perempuan? Err.. baca je lah. Aku pun baru lepas baca pasal artikel ni, tu yang aku letak dalam blog. Nak share dengan siapa-siapa je lah yang rasa nak tahu sikap pelik cik awek-cik awek ni. Tapi pada pandangan aku, tak semua sikap aneh ni 100% betul pada diri aku. Mungkin pada orang lain lebih dari 100% betul ke, siapa tahu? Baca sekadar untuk pengetahuan saja pun ok dah.


1 Apabila seseorang gadis mengatakan yang dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2 Apabila gadis yang kamu cintai tidak menghiraukan diri kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3 Seorang gadis tidak suka mencari perkara-perkara yang tidak disukainya pada orang yang paling disayanginya. Sebab itulah perempuan lebih mudah patah hati bila hubungan cintanya terputus di tengah jalan berbanding dengan lelaki.

4 Sekiranya seorang gadis jatuh cinta dengan seorang lelaki, percayalah, hanya lelaki itu sahaja yang sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5 Hati seorang gadis akan mudah menjadi cair seperti coklat andai lelaki yang disukai dan dicintainya merenung tajam ke dalam matanya.

macam melampau pulak hiperbola macam ni haha

6 Setiap gadis sukakan pujian tetapi tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian.

7 Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut dan jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri seorang gadis yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.

8 Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Kemudian, sekiranya kamu masih ingin menganggapnya sebagai kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9 Si gadis suka meluahkan isi hati mereka. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk meluahkan isi hati mereka.

10 Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna.

11 Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood gadis tersebut.

ni pun melampau jugak keseriusannya haha

12 Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respons positif misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat tetapi sebaik sahaja talian dimatikan dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai 10 minit semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13 Sekuntum senyuman memberi seribu erti pada perempuan. Jadi jangan senyum sembarangan.

14 Jika kamu menyukai seorang perempuan, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian, biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15 Jika seorang gadis memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

16 Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.

17 Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini dari awal.

18 Sekiranya kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

19 Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

20 Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

21 Satu ucapan “Hi!” saja sudah cukup menceriakan hatinya.

22 Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

23 Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata berniat untuk tackle kawan mereka yang paling cantik.

24 Seorang gadis menganggap cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagian tanpa sebarang kompromi.

25 Semua gadis mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

26 Senjata seorang gadis ialah air mata.

27 Setiap gadis pasti suka dan gembira jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

28 Seorang gadis akan mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, pada lelaki kalau nak memikat pandai-pandailah.

29 mudah je mengambil hati seorang gadis kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

1.4.3

30 Perempuan setinggi mana pun egonya atau setinggi mana pun dia berada namun dia tetap akan tewas dengan cinta seorang lelaki.

p/s : Yang paling penting adalah cinta kepada pencipta cinta, Ilahi dan cintailah diri sendiri sebelum mencintai orang lain :)


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

fArRah ayAin said...

dah macam doktor cinta cik adik kite ni.hehe..laki punye tak ade??hehehe

nadeafu chan said...

@ fArRah ayAin : tak tahu ade ke tak..nanti kalau ada terbaca dalam buku, bongsu letak dlm entri..bagi link kat alang hehe

fArRah ayAin said...

ahaa gud3..xpun mane ag buku best cite la..alg ni kurg rajin bace buku..tapi bace kat bLog org rajin.heheh

nadeafu chan said...

@ fArRah ayAin : oraitt~! bisa diatur saja hehe

Anonymous said...

de yg tol ttg ni,,de gk yg x tol ...
ppe pn blog ni mmg bezzzzzzzz r...
mtap g 2...
trs kn usaha N karya anda..

nadeafu chan said...

@ Anony : terima kasih..teruskan bagi sokongan..sangat menghargainya :)

Post a Comment