20 August 2011

30 perkara wanita perlu tahu


Entri ni khas aku buat untuk Alang kesayangan aku. Dia sangat tertarik dengan ada satu entri ni.. aku rasa je yang dia tertarik dengan entri tu sebab dia ada hantar komen kat situ. Haha. Alang! Baca baik-baik tau!

**********

Wanita perlu tahu, lelaki juga mempunyai hati dan perasaan. Mereka ingin disayangi, dibelai dan dimanja. Oleh itu, sayangilah kekasih korang tanpa berbelah bahagi


1.    Lelaki suka kekasih yang bertolak ansur.

2.    Wanita tidak perlu terlalu cerewet dengan penampilan dia kerana lelaki sukakan wanita yang sederhana.

3.    Ada juga lelaki yang mementingkan kesempurnaan dalam hidup.

4.    Lelaki cepat tewas dengan air mata wanita.


5.    Lelaki terpesona dengan wanita yang tahu menjaga maruah diri.

6.    Sifat terpuji wanita adalah sentiasa berada di sisi pasangan tidak kira masa susah ataupun senang.

7.    Ingin memiliki hati lelaki, wanita perlu memiliki hati ibunya sekali.

8.    Lelaki juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

9.    Lelaki suka wanita yang kelakar.

10. Lelaki kagum dengan wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan.

11. Lelaki suka wanita yang murah hati dan baik hati.

12. Lelaki inginkan wanita yang berpenampilan menarik dan sesuai dengan cita rasanya.

13. Lelaki impikan isteri yang tahu masak serba serbi, bukan asyik beli di kedai makan saja.


14. Lelaki tidak suka wanita memuji ketampanan dan kekacakan lelaki-lelaki lain di hadapannya.

15. Lelaki tidak suka kekasihnya bercerita perkara-perkara yang membosankan.

16. Lelaki tidak suka disamakan dengan orang lain sebab manusia ternyata tidak sama antara satu sama lain. Jangan berkata “semua lelaki sama sahaja”. Ini menyakitkan hatinya.

17. Lelaki cepat menyampah dengan wanita yang suka berleter.

18. Lelaki cepat tercabar apabila kemampuan dirinya diperlekehkan di khalayak ramai.

19. Lelaki juga bersifat moody. Oleh itu, wanita perlu pandai mengambil hatinya.

20. Ramai lelaki tidak suka wanita yang suka mengumpat.

21. Lelaki cepat bosan dengan sikap manja wanita yang keterlaluan.

22. Lelaki tidak berselera dengan wanita yang bersepah biliknya dan tidak kemas.

23. Lelaki mana yang inginkan wanita merokok?

pergh! macam heaven je!

24. Lelaki akan meninggalkan wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya.

25. Lelaki kerap kecewa dengan wanita yang sukar membuat keputusan terutama dalam hal yang berkaitan dengan hubungan cinta jangka panjang iaitu perkahwinan.

26. Lelaki tidak suka dipaksa. Oleh itu, biarkan dia membuat keputusannya.

27. Lelaki berahsia dengan lelaki lain. Sukar berkongsi masalah, harapan dan masalah peribadi. Bagi mereka, ia rahsia individu.

28. Lelaki pentingkan kejujuran. Dia mahukan pasangannya menyimpan segala rahsia perhubungannya.

29. Lelaki tidak suka dikritik. Lelaki tidak begitu terbuka bagi menerima kritikan.

30. Lelaki akan menjadi sahabat wanita yang paling baik jika wanita menjadikan dia sahabat yang paling baik.


Alang, betul ke kesemua 30 perkara ni? Boleh percaya ke? Hehe. Tapi tak salah sekadar nak tahu atau nak tambahkan ilmu pengetahuan berkaitan dengan cinta. Teettt! Hehe. 

p/s : Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

1 comment:

fArRah ayAin said...

wahhh special~! tq.hahaha
emm xtau masak ag..kuat berleter..err ngumpat tu sikit2 la..hahaha kene controL pasni~=P

Post a Comment