05 June 2011

Selamatkan daku dari topengku


Tentang diri aku, dengarlah apa yang tidak aku katakan!

Wahai manusia! Jangan korang terpedaya dengan topeng yang aku pakai. Aku ada seribu topeng yang aku pakai berganti-ganti. Tapi tiada tiap satu pun yang serupa dengan wajah aku yang sebenarnya. Dengarlah! Berpura-puralah itu merupakan seni yang telah sebati dengan diri aku, tapi jangan kamu terpedaya.


Aku tunjukkan bahawa aku berada dalam keadaan selamat, dan semua yang berada bersama aku aman dan tenteram. Seolah-olah apa yang korang nampak di luar adalah gambaran hati aku yang berada di dalam. Rahsia adalah nama aku dan ketenangan adalah permainan aku. Aku tenangkan korang, dan tolonglah korang jangan percaya itu semua.

Aku zalim. Tapi mungkin tidak nampak kerana aku memakai topeng yang menyembunyikan wajah aku yang sebenar. Sesungguhnya, apa yang ada disebalik topeng itu ialah hati yang tidak puas, tidak tenteram dan sentiasa gelisah. Sesungguhnya, apa yang berada disebalik topeng itu juga adalah diri aku yang sebenar. Diri aku yang keliru, takut dan kesunyian.


Tapi aku sembunyikan itu semua. Aku tidak mahu sesiapa pun tahu mengenainya. Aku akan berasa gelabah bila rahsia aku terbongkar. Sebab itu lah, aku beriya benar mencipta topeng-topeng untuk berselindung. Perkara ini sangat sukar untuk diterangkan. Tapi, ini adalah lambang kepura-puraanku.

Apabila memakai topeng dan dipandang bagus, aku rasa selamat dan bebas dari penjara buatan aku sendiri dan dari halangan diri yang aku telah bina dengan susah payah ini. Ini tidak aku nyatakan kepada korang kerana aku berasa sangat takut.


Aku takut kepada pandangan korang yang tidak disertai kasih sayang serta penerimaan. Aku takut korang perkecilkan aku, mentertawakan aku. Kerana pada aku, itu semua boleh membunuh aku. Aku juga takut kerana jauh dalam diri aku, aku tidak punya apa-apa, tidak berguna dan kerananya juga korang akan menolak aku. Kerana itu, aku terus berpura-pura dan berputus asa. Aku juga adalah heroin palsu di luar tapi di dalam, aku hanya seorang bayi yang kesejukkan. 

Ketahuilah, aku amat ingin menjadi insan yang tulen, yang menjelmakan dirinya sendiri dengan yakin. Korang harus menolong aku dengan kedua-dua belah tangan korang. Bantulah aku walaupun itu permintaan terakhir dari aku setelah lemas memakai topeng ini. Berbuat baiklah pada aku, doronglah aku, berlembutlah dengan aku. Kerana dengan itu, hati aku akan tumbuh subur.


Sesungguhnya, keyakinan serta kepercayaan kepada sesuatu yang tidak ada ertinya adalah ibarat batu bata yang mampu membina dinding yang teguh. Tapi aku tahu, kasih sayang itu adalah lebih teguh dan kukuh dari dinding batu itu. Di situlah letaknya harapan aku. 

Tolonglah! Jangan robohkan dinding itu dengan kekuatan tangan korang, tapi dengan tangan yang lembut kerana di dalamnya ada seorang bayi dan akulah bayi itu. 


Siapakah aku yang sebenarnya? Jangan hairan! Aku benar-benar korang kenali dan aku juga adalah korang.

Yang benar,
(Namaku? Itu rahsia)


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment