10 June 2011

Mesti ada skill!!


Nak guna tandas pun kene ada kemahiran, you know. Kemahiran apa? Aku tak pasti. Yang penting korang kena pandai-pandai. Teringat aku pada satu persoalan yang pernah diutarakan oleh lecturer aku masa dia tengah mengajar dalam kelas dulu.

"Kalau you all guna tandas, you all akan bersihkan tandas tu selepas guna or sebelum guna?"

Kebanyakan suara-suara yang aku dengar.. Dorang jawab lepas guna. Ada jugak sebahagian suara-suara sumbang yang jawab dua-dua. Ok la tu. Bagus la. Menjaga kebersihan dengan mencuci tandas jap sambil lepas hajat.

Yang hairannya, dah besar-besar panjang nih pun nak kena ajar lagi. Nak-nak pulak yang tandas jenis duduk tu. Nak guna tandas tuh pon kene ada skill taw! Bukan main redah je.. Gi pulak cangkung atas tuh. Sungguh tak sopan beliau tu.


Gambar kat atas ni aku snap masa aku gi tandas kat sebuah ipta yang femes jugak. Nama U terpaksa dirahsiakan. Betapa kroniknya perangai tak senonoh dorang sampaikan notis macam tu terpaksa ditampal di pintu toilet. Yang buat aku tergelak dengan kawan aku sebab aku tak tahan ayat dia yang last tu, "Kemahiran Generik yang Perlu Dihayati".

Jangan ingat budak-budak U ni semuanya pandai-pandai belaka dalam semua hal.. Perfect! Ada certain-certain bab nih dorang kureng sikit. Aku bukan nak mengata. Aku sendiri pon banyak kurangnya. Tapi kalau yang hal ini, tidak sama sekali ok! Hope korang bukan kategori macam tu ye! :)

Setiap benda yang kita lakukan, mesti kena dengan caranya. Mesti kene ada kemahiran. Tak dek kemahiran, memang keje tak berjalan dengan lancar la kan. Walaupun sekecil-kecil hal yang contoh melibatkan tandas ni. Bayangkanlah korang buang air tak dek kemahiran langsung. Cubalah bayangkan. Haha.

Adios!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment