04 June 2011

Fahamilah hati dan perasaannya


Di dunia ini, kita tidak mempunyai sesiapa melainkan diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai keikhlasan dan kejujuran. Begitu juga dia. Tetapi kita tidak sedar akan hal itu. Kita hanya mengambil berat akan diri sendiri tanpa menghiraukan hati dan perasaannya. 

Kita rasa dikhianati apabila dia mungkir janji. Kita tidak bagi dia peluang untuk dia menjelaskan halnya yang sebenar. Bagi kita, itu cuma alasannya bagi menutup kesalahan dan membela diri. Kita terlupa bahawa kita juga pernah buat dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita berikan beribu alasan dan memaksa dia menerima alasan kita. Tidak terfikirkah kita bagaimana perasaannya?


Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tapi kita sering terlupa. Dia sering mendengar segala rintihan, luahan kegembiraan, kesedihan serta segala perasaan kecewa dan ketakutan, harapan dan juga impian kita. Tidak terfikirkah kita bahawa dia juga ada cerita yang hendak dikongsikan bersama? Pernahkah kita memberi dia peluang untuk meluahkan apa yang dirasakannya? Pernahkah?

Tanya diri sendiri. Pernahkah kita menenangkan dia seperti mana dia menyabarkan kita? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita kecewa, putus asa dan menyerah kalah? Ikhlaskah kita setiap kali kita mendengar berita gembira dan kejayaannya? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa dia adalah sahabat sejati? Bolehkah kita dijadikan tempat dia mengadu? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? 


Sesekali, jadilah sahabat yang mendengar dari hanya bercerita. Ambil masa untuk memahami hati dan perasaannya. Jangan sesekali kita sengaja menyakiti hatinya kerana dia juga manusia. Manusia yang ada perasaan, takut dan kecewa, bimbang, sedih dan sakit hati. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan sahabat sebagai kekuatannya. Kita selalu melihat dia ketawa. Tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. 

Disebalik senyuman yang selalu dilemparkannya, mungkin ada cerita sedih yang ingin diluahkan kepada kita. Disebalik kesenangan yang selalu dipamerkan, mungkin terdapat seribu kekalutan yang kita tidak tahu. Tetapi, jika kita cuba menjadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu. 


Renungkanlah. Kita tidak dapat hidup tanpa sahabat sebagai pendorong, kekuatan dan pemberi semangat kepada kita. Sukar untuk kita mencari sahabat sejati. Sahabat untuk kita berhibur, hanya ada ketika kita senang. Namun pada waktu kita susah, hanya sahabat sejati bersama kita. Hanya dia yang memahami kita. Renungkanlah sekali lagi. Tanpa sahabat, kehidupan kita tidak bermakna.

**********
Entri ni khas untuk sahabat saya. Ye! Saya tahu. Saya dah banyak menyusahkan dia. Saya dah banyak sakitkan hati dia. Saya dah banyak buat dia menangis. Tapi dia masih lagi mahu bersahabat dengan saya. Bodohnya saya.


Sahabat, selamat ulang tahun perkenalan kita yang ke-4 tahun 5 bulan. Jodoh kita memang kuat. Sehingga sekarang, awak masih ada di sisi saya. Sentiasa bersama dengan saya tak kira susah atau senang. Terima kasih yang tak terhingga.

Tuhan saja yang dapat membalas segala jasa dan budi baik awak serta segala pertolongan yang telah awak hulurkan kepada saya.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment