11 June 2011

Cita-cita semurni cinta

Salam semua.

Dalam cinta ada cita-cita dan dalam cita-cita juga ada cinta. Tapi aku dan korang-korang yang masih bergelar status pelajar, sukalah aku nak ingatkan.. Sebagai nasihat untuk diri aku jugak la.. Dahulukanlah cita-cita. Justeru ia lebih konkrit, realistik dan diberi keutamaan berdasarkan realiti dan diri semasa kita. Ok! Kita mungkin kehilangan cinta dalam memburu cita-cita. 


Itu biasalah kot kalau kat menara gading ni. Mungkin incik abang mahu fokus pada study, cik awek pulak mahu fokus pada cinta dan sebalik nya lah. Tapi apa yang hilang itu bukan CINTA tapi cinta. Ada beza CINTA dengan cinta. Sape boleh paham memang aku tabik spring kat baliau. Dan setelah cita-cita kita tercapai, cinta yang sebaik-baik cinta dan semurni-murni cinta akan berada di hadapan kita.

Pada waktu tu, suburkanlah pohon cinta tu kerana kita sudah cukup layak untuk itu. Baja harta, air taqwa, cahaya ilmu dan tanah iman sudah cukup semuanya jadik milik kita. Tapi seandainya cinta didahulukan dari cita-cita, kita mungkin kecundang sebab tak stabil mana pun waktu tu. Tak sampai sekerat jalan agak nya dah patah hati siti situ sana sini. Terhumbanlah kita semua dalam lembah frust menonggeng dan kuciwa.

Ok, kalau cinta kita boleh bertahan sampai ke hujung.. Tapi bila dah sampai ke hujung.. Dah tak dek tinggal apa dah untuk kita suburkan pohon cinta kita tu. Kita ketandusan taqwa dan ilmu, kekurangan harta untuk bina sebuah mahligai yang indah. Kerana apa? Kerana kita sudah silap.. Dalam mengejar cinta, rupa-rupanya kita dah mengabaikan cita-cita.


Oleh itu, mulakanlah dengan sesuatu yang jelas, nyata dan utama. Mulakanlah dengan cita-cita. Pada tahap umur baya-baya aku ni jugak, cita-cita itulah yang jelas dan nyata. Cintailah cita-cita kita.

**********

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Dia. Result exam dah keluar and pointer pon boleh tahan la, lulus la senang citer. Keputusan yang tak disangka-sangka. Memang aku akui, tahun 3 di menara gading ni agak mencabar. Dengan kerja kursusnya, kelas lagi, and yang memang tak boleh dipisahkan kalau dah tahun akhir ni.. Final year project atau tesis atau latihan ilmiah.

Tahniah buat kawan-kawan seperjuangan yang berjaya mendapat keputusan yang baik dan memberangsangkan. Kepada kawan-kawan yang kurang bertuah, jangan risau. Ada lagi peluang. Untuk latihan industri ni, buatlah yang terbaik. Jangan malas-malas buat report praktikal macam aku ni. Hehe.



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment