23 May 2011

Tengok perempuan macam nak telan je

Salam semua.

Semenjak dua menjak ni aku, Sai dengan Rindi asyik tertinggal bas je. Tapi pagi tadi nasib baik sempat tahan bas tu sebelum dia buat derk je nak tinggalkan kitorang dengan selamba. Banyak je bas sebenarnya. Boleh je tunggu bas yang lain sebenarnya. Tapi rasa macam tak boleh terima la kalau kene tinggal bas ni. Haha. Ada plak macam tu kan?

Masa dalam bas tadi, kitorang memang tak dapat seat. Mungkin ada bas yang delay kot. Tu yang ramai orang. Sebab selalu pagi-pagi manada orang nak keluar rumah sangat. Tapi hari ni dah penuh dah. Sampai kat satu hentian ni, naiklah seorang lelaki. Sekali pandang tengok macam biasa je. macam lelaki normal yang lain. Eh? Lelaki yang tak normal macam mana hah?

apa tengok-tengok? minat cakap la.. tulis surat

Kitorang abaikan je la lelaki tu. Ingat dia macam lelaki-lelaki yang lain yang ada dalam bas tuh jugak. Tiba-tiba kan.. Dia macam makin dekat pulak dengan Sai. Apesal entah. Nak kene backhand agak nya. Kitorang pun wat derk je la. Kot-kot belah depan bas dah penuh ke. Tu yang dia terpaksa beranjak sikit. Tapi perlu ke nak dekat-dekat dengan perempuan? Tak malu ke?

Sedang kitorang asyik rancak berbual, mata si lelaki nih galak pulak merenung ke arah kami? Kitorang buat derk je. Kot-kot dia pandang orang kat belakang ke. Abaikan je la. Berapa banyak kot daa. Tibe-tibe lagi datang pulak pe'el dia. Time kitorang tengah gelak-gelak, si lelaki nih mengeluarkan bunyik yang pelik plak. Kunun-kununnya nak tarik perhatian kitorang la tuh.

sekadar gambar hiasan
Apa masalah lelaki ni pun, kitorang tak tahu la. Tak pernah tengok perempuan ke? Rasa nya ramai je lagi perempuan yang cun-cun dalam bas tu. Dah la tengok orang maca nak telan je. Lepas tu sebok dok rapat-rapat dengan orang. Ada jugak orang macam tu. Kat depan orang ramai pulak tu. Come on la, jaga la sikit tingkah laku tu. Adoi!

Agak-agak kalau next time kitorang terjumpa dengan orang macam ni lagi la kan.. Nak bagi apa hah? Ada cadangan?

Ok! Setakat sini saja cerita aku. Ada masa lagi aku update. Thanks sebab sudi membaca. Adios!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

Saifad Effa said...

kite wat dekk aje.janji die x lebih2 dah la.jgn dilayan sgt org mcm ni.bahaye.takot ouhh...td pun die saje je wat langgar tgn kak ude.cett!

alia azmi said...

sila bagi penampa or penyepak ..
*kalau konfem dy usha kite .hakhakk

nadeafu chan said...

@ Saifad Effa : kita wat derk je la kan tadi..tapi dia plak yg memang lebih2 ish3

nadeafu chan said...

@ alia azmi : tu la..rasa nak bagi sebijik dua bijik penampo atau penyepak hehe

Post a Comment