25 May 2011

Semoga dia tenang di sana

Salam semua.

Hari ni genap dua tahun arwah Nublan Zaki Norhadi pergi meninggalkan orang-orang yang tersayang. Tak pasti sebenarnya 24 Mei atau 25 Mei 2009. Sebab aku dapat berita kematian dia 25 Mei 2009, waktu Malaysia. Waktu tu, aku tengah ada program ‘Perkampungan Pesta Konvo 37’. Program ni dibuat masa cuti semester. So, tak dapat follow up sangat berita pasal pemergian arwah ni. 

first blog arwah. create masa bestday kekasih dia
Jenazah arwah selamat sampai ke bumi Malaysia seminggu selepas dia meninggal dunia kat Penn State, mati lemas kat kawasan air terjun Abrams Falls di Great Smokey Mountain National Park, Tennessee, Amerika Syarikat.  Arwah dan kawan-kawan gi berkelah kat sana lepas dorang dah habes exam semester pertama.


Arwah memang nak balik Malaysia. Nak jumpa keluarga dia. Rindu dengan masakan nasi lemak mak dia. Tapi dia tak bagitahu keluarga dia pun dia nak balik. Kununnya nak buat kejutan. Tapi tu la, Tuhan lebih sayangkan dia. Dia memang pulang ke Malaysia pada hari yang telah dirancangkan. Tapi.. Dalam keadaan kaku dan tidak bernyawa.

mak dan ayah arwah sebak melihat peti jenazah dia kat KLIA 30 Mei 2009

Masa mula-mula dapat berita ni, aku tak rasa apa sangat. Maybe sebab bizi uruskan hal-hal yang berkaitan dengan pameran masa perkampungan hari tu. Tapi bila dah balik bilik petang tu, tiba-tiba aku rasa sebak dan sayu. Walaupun masa sekolah rendah dulu tak rapat, tapi terasa sangat kehilangannya. Air mata dah tak boleh kawal lagi, menangis jugak semahu-mahunya.

Orang bijak pandai cakap, jangan ditangisi pemergiaannya. Nanti roh arwah tak tenang. Setitik air mata kita yang mengalir, terseksa roh arwah di sana. Menangis air mata darah sekali pun, arwah takkan datang. Sebab perginya tak kembali. Arwah memang seorang yang sangat baik. Mungkin sebab tu la aku terasa sangat kehilangannya.


Sepanjang perkanalan dengan arwah, beliau memang seorang yang sangat baik, lembut, sopan santun. Tak pernah membantah pun. Nama je sekelas, tapi kami memang tak rapat. Arwah ni dulu dia jadik pengawas. Sebab tu la kot, aku tak kawan sangat dengan dia. Tapi tu la, rugi woo tak kawan dengan dia. Dalam kelas sentiasa dapat nombor satu kalau exam. Kalau ujian markah mesti tinggi-tinggi.

Kat sini aku bagi sekali sebahagian link-link yang berkaitan..

Sama-samalah sedekahkan al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri RahmatNya dan tenang di alam sana. Al-Fatihah.

p/s:
Sesungguhnya, setiap yang bernyawa pasti akan merasai zat kematian.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

cik azeya said...

Tuhan lebih menyayangi dia..ajal maut kite tak pernah tahu..bile pulak masa kite agaknye kan.. :(

Alfatihah untuk arwah..
bykkan bersabar dear..

nadeafu chan said...

@ cik azeya : yurp! Tuhan lebih sayangkan dia. sebab tu Dia menjemput arwah dengan cepat..kita pon tak tahu bila waktu kita plak..thanks ye cik azeya :)

'Akashah said...

Hemm..To tell the truth, it was I who set up him with his girl at that time..They meet through myspace..during his time in Uitm, we always spend time together,,..Im not gonna talk about his girl, the thing is..there's reason for why Allah takes him..Pray for his safetiness there, Nublan..Maybe my time won't be that long..

Al-Fatihah

nadeafu chan said...

@ 'Akashah : yurp!tahu..ko ada cerita kat aku masa aku mesej ko nak kompemkan pasal berita ni

al-fatihah~

Post a Comment