17 May 2011

Selamat tinggal korang

Salam semua.

Tamatlah sudah riwayat hidup dorang dalam rumah ni. Sape dorang? Dorang adalah Mamat, Minah dengan anak-anak dorang. Yang anak-anak hamster tu pun sekarang dah tinggal 3 ekor. Apesal? Sejarah hidup anak dorang ada kat sini. Lagi sekor dah mati. Sebab ape? Sebab kene makan dengan adik-beradik dia yang lagi 2 ekor tu. Tapi heran.. Yang lagi sekor tu macam pasif sikit. Tak macam yang lagi 2 ekor tu, kanibal! Dasar binatang! Huh!

masa umur dorang seminggu lebih kot
Pagi tadi, sebelum pergi keja, aku sempat setelkan bangkai anak hamster tu. Tapi kurang proper sikit. Aku tak sempat nak menggali lubang. Lagi pulak takkan la nak mencangkul pagi-pagi buta tu. Kang ada orang nampak dia cakap pencurik ke, penceroboh ke, penyamun ke. Kang parah nanti.

"Nadiah gi mana" tanya puan emak spontan. Sebab nampak aku keluar rumah la pagi tadi. Padahal dah paling senyap dah langkah kaki aku. Bukak pintu pon slow-slow je. Kantoi jugak. "Dia gi buang sampah" jawab Sai selamba badak. "Aik? Ayah tak buang sampah ke malam tadi?" amik.. Soalan cepu emas dari puan emak. Terkedu kau Sai! Haha.

Masa incik ayah tolong hantar kat bus stop, aku sempat berpesan kepada incik ayah, "Nanti ayah tolonglah tanyakan pasal hamster-hamster nih kat klinik tu ye" dengan nada suara yang selembut-lembutnya. Incik ayah pon mengiyakan saja. Lagi pun nak cepat. "Jangan lupa taw!" aku sempat berpesan sebelum meninggalkan incik ayah. Hehe.

Mamat yang kesepian. Aku pun carikkan Minah
Aku dengan kawan aku, Sai dah tak larat dah nak jaga dorang. Bukan tak larat apa.. Hari-hari nah kene tukar bathing sand dorang. Sampai bertakung haa tandas dorang tuh dengan air kencing yang agak harum semerbak baunya. Kalau dulu selang seminggu aku tukar serbuk kayu dorang. Nih semingu 2 3 kali aku tukar. Pergh! Masak!

Macam mana yang lagi seko tu boleh mati? Panjang cite nya. Tak pe.. Aku try pendekkan ye. Tapi aku rasa citer dia panjang jugak kot. Hehe. Aku tak tahu kenapa.. Dia asyik gadoh je dengan yang lagi sekor ni. Bunyik yang dihasilkan oleh anak hamster yang kene buli ni pon kurang sedap la nak dengar. Aku pun dengan bijak pandai.. Berfikir sambil panik gi asingkan yang kene buli tu.. Letak sekali dalam sangkar mak dia, Minah.


masa mula-mula bela Mamat

Bila anak hamster tuh dah masuk dalam sangkar Minah tu, tibe-tibe kene serang pulak dengan mak dia. Aih! Anak sendiri pun dah tak kenal ke? Dasar binatang. Dah berdarah kaki kiri depan dia akibat digigit secara spontan oleh Minah. Aku pun dengan segera mengasingkan Minah.. Letak dia dalam bola. Biar lah dia buat senaman sampai lebam. Haha. Sampai malam rasanya aku letak Minah dalam bola tanpa kuaci dan air.

Hampir terlupa sebenarnya malam tu pasal Minah. Aku dengan Sai gi la ziarah jap dorang. Tak dek pilihan lain, aku letakkan balik anak hamster yang dalam sangkar Minah tu kat sangkar asal dia.. Sangkar asal dia dengan Mamat and adik-beradik dia yang lain. Ingatkan adik-beradik dia yang lain hepi la kot dapat jumpa yang lagi sekor ni.. Sebab dorang dok kerumun dia termasuklah dengan bapak dia sekali. Last-last lain pulak citer nya.

masa mula-mula bela Minah. Pura-pura mati. Cit!
Ingatkan kene buli. Rupa-rupanya dorang yang lain tak pernah tengok darah, tak pernah rasa darah. Apa lagi, dorang attack la kaki anak hanster yang dah berdarah tu. Sebab aku pun hari-hari kasik kuaci je. Aku tak sampai hati nak menunggu. Lagi pun mata sudah rabak, ngantok gila haa. Aku dengan Sai tutup mata je. Buat-buat tak nampak. Kesian memang kesian, tapi memang tak boleh buat apa la. Sangkar pon terhad je. Sob sob sob!

salah sekor anak hamster yang pasif
Pagi tadi dah siap-siap nak gi keje semua, tergerak la hati aku nak tengok dorang. Rupa-rupanya anak hamster yang kene buli semalam dah mati. Kepala dah tak dek. Masa aku tengah datang tuh, sedap je yang lagi 2 ekor tuh tengah meratah daging dia. Eewww! Rakus betul. Nama pun binatang! Aku pun panggil Sai. Tak sampai beberapa minit, bangkai tuh dah  tinggal 2 kaki je. Maksud aku part punkok anak hamster tu je la.

2 ekor anak hamster yang ganas
Aku pun mengelat. Saje suruh Sai yang angkat bangkai tu. Haha. Lepas dah bungkus dengan tisu, aku masukkan dalam plastik. Lepas tu aku setelkan. Siap! Tu yang kantoi pulak dengan puan emak. Tapi dia tak tahu aku buang 'sampah' apa. Cuak jugak sebenarnya kuar rumah pagi-pagi macam tu. Seram!

dua jiwa bertemu dan bertaut
Masa balik keje petang tadi, incik ayah terpaksa jemput kat bus stop. Hujan punya pasal. Nak redah memang tak boleh la. Baru jalan sikit kompem lenjun punyalah. Masa masuk dalam kete tadi, incik ayah bersuara, "Maaflah, banyak kertas surat khabar kat belakang tu, Tadi bawak hamster". Agak pelik sedikit kedengarannya. "Ayah bawak gi mana? Klinik haiwan tu ke?" excited aku bertanya. Dah lepas sikit beban. "Tak lah. Ayah bagi sorang cikgu ni. Dia nak jaga". Ni mesti kes incik ayah malas nak gi klinik haiwan tu. Dah tahu dah.

Tapi tak pe lah.Sekurang-kurangnya aku tahu yang hamster-hamster tuh selamat. Tapi kalau sesama dorang aku tak tahu lah selamat ke tak. Kot-kot ada lagi yang terkorban ke. Hanya Dia je yang tahu. Nak lepaskan pun serba salah pulak kang. Kita amik bela dia elok-elok. Nak lepaskan pun kene elok-elok jugak, ye tak?

Aku stop kat sini la ye! Terima kasih sebab sudi baca. Jumpa lagi di lain entri. :)

p/s :
Maaflah Cik Yanyan. Saya tak dapat jaga dorang lagi. Tapi saya dah carikkan dorang tuan baru :)


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

Saifad Kamal said...

eiiiii!!geli kot.terasa lagi kat tangan ni.ergghhh~

mushroom said...

cumelnye.. sekarang kalau beli hamster+sangkar berapa ringgit ek?

nadeafu chan said...

@ Saifad Kamal : ehhe terima kasih ye awak :)

nadeafu chan said...

@ mushroom : hage hamster bergantung pada spesis dia..tapi hamster saya ni kawan saya yg bagi..jenis winter..sangkar paling murah bawah RM20 :)

mushroom said...

@nadeafu chan
wah.. thx pada info tuh.. nanti dah gaji saya nak beli hamster sekor lah ^^

nadeafu chan said...

@ mushroom : nak yang paling mahal try la kat mid valley hehe

Post a Comment