26 May 2011

Rehlah Minda

Salam kepada pembaca semua.

**********
Dusta dalam Bercinta


Imam Ghazali rhm berkata :
Barang siapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pendusta.
1 | Barang siapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia pendusta.
2 | Barang siapa mengaku cintakan Nabi Muhammad tetapi tidak cinta kepada ulama' dan fakir miskin, maka dia adalah pendusta.
3 | Barang siapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pendusta.
4 | Barang siapa yang mengaku cintakan Dia tetapi keluh kesah dengan ujian-Nya, maka dia adalah pendusta.

Nasihat untuk Pemuda

Manshur bin Ammar berkata pada seorang pemuda :
"Janganlah kepermudaanmu membujukmu. Ramai sekali pemuda yang mengundurkan taubat, memperpanjangkan angan-angan dan tidak ingat kematian". Pemuda itu berkata : "Aku akan bertaubat esok pagi". Lalu datanglah malaikat maut padanya sedangkan dia belum bertaubat.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment