18 May 2011

Masa memang mencemburui kita

Salam semua.

Rasa macam dah lama je tinggalkan UKM bumi bertuah, tempat aku dan kawan-kawan selama tiga tahun tu. Tu lah tempat mencari ilmu dan pengalaman dalam proses mendewasakan diri, mematangkan diri dan lain-lain la. Kalau tak matang-matang tu, ada something wrong la kot. Padahal baru 2 minggu lebih berpisah dengan kawan-kawan.


Hari Wesak ni cuti. Ke ada antara korang yang keje time orang cuti ni? Hari ni dah janji nak jumpa dengan Hur. Jangan tanya aku kenapa nama dia Hur. Nama dia memang 3 huruf je, Hur. Haha. Keluar bertiga je la dengan dia. Dah ajak Ain, tapi dia tak mahu follow. Sob sob sob! Sampai hati kau Ain. Ciskek! Jumpa Hur kat Mid Valley je. Tak tahu nak gi mana. Tempat baru yang best tak dek la. Ada sape-sape tahu?

Pertemuan ni memang penuh dengan dugaan dan cabaran. Keluar rumah punyalah awal. Sampai sana nak dekat pukul 12 tengah hari la jugak. Panas je. Nasib baik ekon dalam Mid boleh menyejukkan kepanasan ni. Sape-sape je la yang familiar naik bas metro, kalau nak cepat, nak kejar masa, jangan lah naik bas tu. Kompem korang akan rasa berasap je. Kitorang lambat sebab pemandu bas tu la. Dorang nak tunggu bas penuh dulu baru nak jalan.

Tapi tadi memang tak penuh la. Agaknya sebab orang dah tahu yang bas metro style dia memang macam tu kot. Selagi bas tak penuh dorang takkan jalan. Masa aku mula-mula naik kat bus stop depan rumah aku, elok je dia bawak. Laju jerk, lancar jerk. Bila dah masuk KL.. Jadik lambat pulak. Almost setengah jam kot berhenti. Tu belum kira bape kali dia berhenti. Kompem lepas ni takkan naik dah bas metro tu. Hampeh!


Dah sampai stesen KTM Bank Negara, tren delay pulak. Adoi Macam-macam lah dugaan nak jumpa Hur. Tak pe, sebab Hur punya pasal, teruskan jugak. Yang Sai nih dah pikir nak balik rumah da. Baru aku tahu, KTM ada bukak dua stesen baru, Senawang dengan Sungai Gadut. Dua kali pulak tu tren delay. Biasa nya macam tu lah. Bila sesuatu benda tu ditunggu-tunggu, mesti sampai lambat. Bila tak dek, laju je lalu depan mata.

Lega bila dah sampai Mid. Nasib baik Hur jenis tak kesah. Selalu kalau gi Mid mesti nak tengok wayang. Tapi kali ni berbeza. Sebab nak borak-borak, makan-makan, jalan-jalan dengan Hur. Kalau tengok wayang, tak boleh nak borak-borak. Kang borak dalam panggung silap-silap ada botol terbang kat kepala ke, hujan pop corn atas kepala ke. Haha.


Sambil makan McD, sambil borak-borak. Memang heaven la. Seronok berkongsi pelbagai cerita. Kitorang banyak borak pasal latihan industri. Dah makan-makan gi kedai buku pulak. MPH je la kot yang ada kat situ. Ada kedai buku lain lagi ke? Last sekali sebelum balik, kitorang bergambar. Tema kat Mid kali ni Pirates of Caribbean 4. Kitorang snap adalah dalam 2, 3 keping gambar berlatar belakang kan gambar kapal kat tengah-tengah Mid tu.


Sai & Hur

Sedar tak sedar, dah nak dekat pukul 3 pm. Tiba lah masa untuk berpisah. Entah bila lagi dapat jumpa dengan Hur. Dengan kawan-kawan lain tak jumpa lagi ni. Baru jumpa Hur dengan Ain je. Ain dah selalu jumpa sebab dia sama tempat praktikal dengan aku dengan Sai. Lepas ni kitorang rancang nak gi travel pulak. Tak sabar nak datang Kedah jumpa Ainee pulak. Hopefully semuanya berjalan lancar la dengan izin Dia.

p/s :
If i had to sum up friendship in one word, it would be comfort.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

EfFa kAMaL said...

yeay~mau gi kedah huhu insyaAllah mudah2an plan menjadi.nak sgt gi sane~

nadeafu chan said...

@ EfFa kAMaL : hope sangat dapat jumpa macek kat utara sana tu huhu

Post a Comment