25 May 2011

Hidup kerana cinta

Salam semua.

Hidupku untuk cinta. Ok! Tipu je. Masyur sekali kata-kata yang dianggap keramat tu. Padahal hidup adalah untuk ibadah.. Mengabdikan diri kepada Dia. Boleh ke cinta manusia dijadikan tujuan hidup? Ada sape-sape boleh jawab tak? Apa yang aku tahu, cinta memang diperlukan dalam kehidupan tapi bukan sebagai tujuan hidup. Ia hanya keperluan saja maa. Sebaik-baiknya, gunakan keperluan untuk mencapai tujuan.


Aku bagi contoh yang simple je la. Makan. Mesti korang pernah dengar hidup untuk makan, kan? Makan itu keperluan, bukan tujuan. Tenaga yang kita dapat daripada makan itulah yang digunakan untuk tujuan. Tujuan apa? Tujuan hidup, untuk beribadat. Sama jugak macam cinta. Bezanya, cinta itu makanan jiwa. Gunakan cinta manusia untuk beribadat, atau dengan kata lain.. Gunakan cinta manusia untuk mendapat cinta Dia.

Jangan sampai keperluan dijadikan tujuan. Kadang-kadang tak sedar yang cinta itu dianggap sebagai tuhan. Nak buat apa-apa pun terpaksa rujuk cinta. Kalau cinta kata ok, apa pun sanggup dibuatnya. Hinggakan lautan api (neraka pun?) sanggup direnanginya. Dia kerap dipinggirkan dalam cinta terlarang. Hukum-Nya dilanggar tanpa rasa bersalah, malah rasa manis dan megah. 


Tangan-tangan kekasih dipegang walaupun jelas Dia dah haramkan sentuhan antara laki dengan pompuan yang bukan muhrim sampai menimbulkan fitnah. Lepas tu, tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan oleh Nabi kita bahawa dalam keadaan macam tu, syaitan adalah orang yang ketiga. Semua orang macam dah tak heran kan pasal anak luar nikah ni? Sebab tu la. Semuanya kerana cinta yang terlarang.

Sebab cinta, semua yang haram jadik halal. Korang tak rasa ke situasi macam tu seolah-olah mereka atau yang sewaktu dengan mereka 'bertuhankan' cinta? Kita yang mengawal cinta, bukan cinta yang mengawal kita dan jangan sesekali biarkan cinta yang mengawal kita. Benarlah firman Dia yang sering mengingatkan..

"Apakah kamu tidak melihat bagaimana ada manusia yang mempertuhankan hawa nafsunya."

[Al-Jatsiah 45 | 23]


Racun-racun berbisa yang memusnahkan buah pohon cinta sejati telah dianggap sebagai baja.. Akhirnya pohon cinta terlarang tumbuh dan berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama aneh dan menjijikkan - bohsia, bohjan, zina, buang bayi. Sedap ke? Waktu tu indah ke cinta tu? Tepuk dada, tanya iman.

p/s :
Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment