14 May 2011

Hari ini dalam sejarah

Salam semua.

Masa aku balik dari masjid time solat zohor tadi, aku dengan kawan-kawan aku yang lain ternampak ada sorang pakcik ni. Kitorang jalan kat belakang dia. So, memang nampak macam seorang lelaki normal la kan. Maksud normal di sini ialah dari segi kewarasan akal fikirannya.

Masa ada pakcik lagi sorang lalu, iaitu pakcik rapid.. Cane aku tahu? Aku tengok uniform yang dia pakai la. Semua orang tahu uniform pekerja bas-bas rapid cane. Ok, sambung balik, masa pakcik rapid tu lalu sebelah pakcik ni, dia elok je tanya "Jam pukul berapa sekarang?" sambil tunjuk kat pergelangan tangan dia. Mula-mula aku pelik, kenapa pakcik rapid tu wat derk je dengan dia.

Tiba-tiba kawan aku, Sai tarik lengan aku.. Jalan kat sebelah bahu jalan yang lagi satu. Kitorang pun 'termunculkan diri' depan pakcik tu sebab memang nak cepat. Jalan pun laju semacam je. Tiba-tiba..

"Negaraku.. Tanah tumpahnya darahku.." aku pun terus menoleh sekejap. Bukan apa.. Macam pelik je tiba-tiba ada orang nyanyi lagu negaraku kat tengah-tengah panas tadi. Rupa-rupanya pakcik tu tengah berdiri tegak sambil nyanyi lagu Negaraku tadi. Sambil berdiri tu, dia menoleh pusing 180 darjah melihat ke arah kitorang.


Ain dengan Sai dah tergelak-gelak dah. Rupa-rupanya pakcik tu kurang waras. Aku tertanya-tanya jugak kenapa dia tiba-tiba je nyanyi lagu Negaraku tu. "Eh! Sebab ko pakai baju kaler emas ni hah.. Dia ingatkan ko keturunan raja ke apa ke.." spontan keluar dari mulut Ain sambil gelak-gelak lagi.

"Ha'ah la adik!" Sai pulak nyampuk. Kitorang pun tergelak-gelak. Sumpah aku tak terfikir pun. Memang baju kurung yang aku pakai tadi warna emas satin. Tapi bukan niat aku nak dapatkan penghormatan dari seorang pakcik yang kurang akal fikirannya.


Tahniah la pakcik. Walaupun pakcik macam tu, sekurang-kurangnya pakcik tahu yang warna emas itu adalah warna diraja. Tapi aku memang terhibur la. Bukan sebab aku bangga ke apa dengan baju kurung emas yang aku pakai tadi.. Sebab ini memang pertama kali kejadian macam tu berlaku. dalam hidup aku. Bila dingat balik, memang boleh buat tersenyum.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Saifad Kamal said...

bukan kite yg ckp ker???

nadeafu chan said...

@ Saifad Kamal : awak ke? sory3..kite konpius huhu

Post a Comment