09 May 2011

Hari emak ialah hari-hari

Salam semua.

Seperti yang korang sedia maklum, hari ni hari Ahad, adalah hari ibu. Sebenarnya aku konpius gak. Hari ibu nih bila? Semalam ke hari ni? Tapi bagi aku, hari ibu adalah hari-hari. Bukan pusat pakaian hari-hari tu ye!

Setiap orang ada cara masing-masing yang tersendiri macam mana nak celebrate hari ibu ni. Kalau yang duduk sebumbung dengan mak dia, mungkin boleh keluar makan satu family, dok dapor masak sama-sama dengan mak, atau pun tak payah suruh mak masak hari ni, bagi hadiah, belanja mak dan macam-macam lagi lah.

Tapi macam mana pulak kalau anak dia yang berada jauh diparantauan tu? Entri kali ni aku nak kongsi satu video hasil dari seorang anak yang berada nun jauh diperantauan untuk mak dia..


Bagi mereka yang sudah tiada emak, atau emak mereka sudah meninggalkan mereka di dunia ini.. Banyak-banyak kan lah sedekah al-Fatihah untuk arwah. Semoga roh emak-emak kalian dirahmati yang Maha Esa.

Ok! Selamat Hari Ibu aku ucapkan untuk emak aku, emak angkat aku, emak dia, emak beliau, emak korang, emak mereka, bakal-bakal mak dan seluruh emak-emak di dunia. 

p/s :
Share la cane korang celebrate hari emak ni :)


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Saifad Kamal said...

yurp2..hari ibu kan hari2.huhu

nadeafu chan said...

@ Saifad Kamal : yurp! betul3..tapi tak boleh gi hari2 selalu hehe

Post a Comment