11 May 2011

Dia yang malu sendiri

Salam.

Macam biasa, hari-hari balik kije naik bas Rapid. Sumpah dah tak nak naik bas Metro dah. Even bas tu sampai dulu dari bas Rapid pun, aku tak nak naik jugak. Dari nak cepat terus jadik lambat. Bas Rapid pulak, even datang lambat dari bas Metro pon, still cepat jugak. Nama pun rapid kan.. Haha.

Masa kat traffic light tadi, ada sorang brader nih kenyit-kenyit mata plak. Sakit mata ke apa nih? Aku suka duduk tepi tingkap. Kalau rasa bosan-bosan, boleh jugak dok menjengah kat luar tingkap tu. Brader nih naik kete pesona kaler dark purple. Mula-mula aku tak perasan dia kenyit mata. Lepas tu bila dah nampak dia kenyit banyak-banyak kali baru aku gerakkan anak mata aku.

Lama jugak kepala aku statik je sejak aku dok usha pemandangan kat luar tingkap tu. Cuma anak mata je aku gerak-gerakkan. Yang brader sorang nih plak, beriya je kenyit-kenyit mata sambil tersenyum macam kerang busuk. Aku pon usha balik dia. Straight anak mata aku memanah tepat ke arah anak mata dia. Chewah!

Dah lama beberapa minit.. Tak dek la sampai setengah jam kan.. Dia pun malu sendiri. Terus dah tak nak pandang ke arah bas Rapid dah. Agaknya ada orang lain yang perasan kot. Kot-kot aney dalam bas nih kenyit mata balik kat dia ke.. Mana la aku tahu kan. Berjaya jugak taktik aku nih. Kah kah kah!

p/s :
Jangan kenyit mata kat tempat awam. Nanti orang lain yang persasan. Haha


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Saifad Kamal said...

ouhh..awak kene usha ngan driver kete sblh bus ek.sy pulak ngan driver bus metro.caitt sungguh!

nadeafu chan said...

@ Saifad kamal : awak tak pe kene usha hehe

Post a Comment