19 May 2011

Bersyukurlah masih hidup

Salam semua.

Entri kali ni aku nak share satu artikel. Sumber asal dia aku tak tahu dari mana. Nak jugak carik. Kot-kot korang cop aku plagiat ke. Tapi memang tak dek. Kalau ada antara korang yang pernah terbaca entri pasal ni ke, atau entri ni sendiri korang pernah taip, aku mintak halal la nak share ye! :)

**********


Bersin merupakan rahmat dan nikmat untuk mencegah bahaya serta mudarat kepada otak demi menyihatkan anggota. Nabi Muhammad S.A.W. menyarankan kepada sesama Muslim agar mendoakan kerahmatan terhadapNya dengan ucapan 'Alhamdulillah'.

Antara adab ketika bersin ialah :

1. Perlahankan suara.
2. Meletakkan tangan, tisu atau sapu tangan di mulut dan hidung agar tidak terkeluar benda yang menjijikkan.
3. Jangan memalingkan muka ke kiri dan kanan agar tidak memudaratkan orang sekitar.


Para ulama telah berselisih pendapat berkenaan hukum menjawab bersin, namun pendapat yang dapat diterjemahkan dari semua pendapat tersebut ialah menjawab bersin itu fardu kifayah apabila ditujukan kepada orang ramai dan fardu ain apabila untuk individu.

Tahukah anda? Apabila bersin, degupan jangung anda akan terhenti sedetik dan setelah anda yakin degupan anda masih terus berdegup, maka ucapkanlah 'Alhamdulillah' kerana anda masih hidup. Faedah bersin ialah dapat menghilangkan habuk-habuk, debu-debu serta beberapa penyakit dan bersin juga dapat menggambarkan seseorang itu sihat atau sebaliknya.

Sebagai rumusan, bersin yang dituntut menjawabnya ialah apabila orang yang bersin mengucapkan 'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya hendaklah berkata 'Yarhamukallah', dan orang yang bersin itu menjawab semula 'Yahdikumullah wa yushlihabalakum'.

**********
Semoga entri kali ni dapat memberi manfaat kepada korang semua terutamanya yang bergelar Muslim atau Muslimah, InsyaAllah. :)


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment