01 May 2011

Aku, mereka dan teksi hijau

Salam semua.

Hari tu aku dengan kawan-kawan aku gie warta. Kat mana eh warta ni? Dekat dengan kompleks PKNS kot. Kitorang gie naik teksi sebab memang tak dek bas nak ke sana. Bas mini mungkin ada.. Tapi malas nak berjalan sampai ke main gate sane. Haha

Kitorang tunggu teksi kat bus stop depan kolej. Kebetulan pulak teksi hijau lalu. Aku suruh Ain tahan teksi tu. Teksi tu pun berhenti. Kalau ada penumpang dalam teksi tu, dia tak berhenti. Kadang-kadang dia hon je.

kalau teksi mcm ni mmg tambang mahal la. tapi ada ke kat mesia ni?

"Uncle, gie warta bape ringgit?", kunun-kunun aku bertanya buat-buat tak tahu. Padahal tambang standard nak ke sana RM8.

"Kita tengok la berapa harga dia, guna meter". Tak pernah-pernah plak teksi kat area ni guna meter. Buang tabiat ape? Ikutkan hati aku, nak je aku cancel. Tapi naik jugak la teksi tu, dah tak dek transpot lain.

"Itu student kadang-kadang tada percaya bila kita sebut berapa harga. Lebih baik guna meter. Tengok percaya ke tak percaya kita cakap". Tiba-tiba je uncle ni start membebel.

Dengan muka yang kunun-kunun penuh persoalan aku menjawab, "Apa pasal? Bukan selalu RM8 ke?"

"Kadang-kadang student mintak RM6.. RM7.. Diorang cakap mahal sangat. Sebab itu kasi mintak turun harga. Jadi kita kasi guna meter saja".

"Apesal uncle lalu jalan lain? Kenapa tak lalu jalan biasa je yang sebelah sana?". Saje carik modal nak tembak uncle tu.

"Sama saja. Jalan ini boleh.. Jalan sana juga boleh". Poyo pulak uncle ni. Lepas tu dia mencelah lagi. "Kita tengok aa berapa harga dekat meter ini.."

Tibalah ke destinasi yang dituju. Kitorang gie sana sebab nak tukar henpon Ain. Dia beli henpon sony Xperia X10.. Tapi dia tak guna pun. Canggih sangat. Dari terperap je, baik tukar lain kan?

Tiba-tiba uncle tu mencelah lagi, "Kalau naik itu 10 sen, RM8 aaa.." - Padahal aku tengok kat meter tuh harga dia baru RM7. Aku pelik kenapa kene bayar RM8 pulak. Sampai kat traffic light, saje je dia bawak selo-selo. Dalam hati aku dah menyumpah-nyumpah uncle ni. 


Sampai depan warta, meter teksi menunjukkan RM7.20. Tapi kitorang tetap kene bayar RM8. Setahu aku, dalam ilmu matematik.. Kalau nak bundarkan suatu nombor tu.. Dia kene angka 5 dan ke atas. baru tambah satu. Tapi si uncle ni punya matematik, RM7.20 tu dia bundarkan jadik RM8.

Gampang lu uncle. Cuba carik rezeki halal sikit. Jangan asik nak ketuk orang je. Kata ikut meter. Mana la kau belajar kira-kira matematik macam tu?

Tapi tak pe la. Nasib baik kitorang tak jumpa dengan uncle tu lagi. Sian kau uncle kene ngutuk dengan kitorang.

p/s :
Agak-agak korang uncle tu orang apa?


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Syafadillah Kamal said...

geram seyh mase ni.gile duet betol mereka ni.x tolak ansur langsung

nadeafu chan said...

@ Syafadillah Kamal : yang peliknya sape la cikgu matematik dia huhu

Post a Comment