09 April 2011

Tolong dan terima kasih

Salam kepada pembaca sekalian.

Suasana waktu malam macam ni memang sunyi. Lagi pulak esok hari minggu. Memang tak hairan la kalau asrama ni sunyi je. Kebanyakkan penghuni sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Barangkali ingin memohon restu mak dan ayah. Minggu depan da start final exam.

Aku? Aku sebagai salah sorang penghuni kat asrama ni masih setia. Teringin juga nak pulang ke rumah.. Mahu berjumpa mak dan ayah. Mungkin esok kot aku balik. Huhu. Ingat nak balik lepas maghrib tadi. Tapi kat rumah tak dek orang. Mak dan ayah gi majlis akad nikah sepupu aku. So, nanti da sampai stesen putra LRT tak dek sape nak jemput. Hihi.

stesen Putra LRT yang pertama, terminal putra atau gombak huhu

Ok! Straight to the point. Entri kali ni aku nak berceloteh sikit pasal perkataan tolong dengan terima kasih ni. Walaupun sekadar ucapan, tapi sangat bermakna.

**********
Susah sangat ke nak sebut perkataan 'tolong' tu? Dua suku kata je kot. Tapi ada sesetengah orang, susah sangat nak sebut. Aku tak tahu la ape sebab nya. Sebab antara orang tu dengan perkataan 'tolong' tu je yang tahu. 


Korang mesti biasa dengar dialog-dialog macam ni..

"Pegangkan beg aku jap!"

"Eh! Nanti ko pegi kedai, beli air gas botol besar taw. Aku tak nak yang kecik"

"Amikkan jap buku tu bagi kat aku"

Ape perasaan korang? Ada rasa macam kuli batak tak? Mesti rasa sakit hati sikit ke..terkilan ke..terkesima ke..aku tak tahu la kan. Bagi aku, aku rasa macam orang suruhan pulak.

ingat da tampal plaster boleh hilang ke sakit hati?

Lepas tu bila kita dah tolong, tak reti pulak nak cakap terima kasih. Simple je perkataan dia. Dua patah perkataan je kan? Apa yang susahnya? Kalau aku kene macam tu, aku dah siap sindir da. Lepas aku dah buat apa yang dia suruh.. Dengan sengaja aku pun ucaplah "Terima kasih!" Sudah terbalik pulak kan?!

Kan sedap telinga mendengar kalau setiap permintaan yang dibuat ada perkataan 'tolong'..

"Tolong pegangkan beg aku jap, boleh?"

"Eh! Nanti ko pegi kedai, tolong beli air gas botol besar taw. Aku tak nak yang kecik"

"Tolong amikkan jap buku tu bagi kat aku"

Lepas dah dapat apa yang korang nak, tolong lah ucap 'terima kasih'. Tak susah mana pun. Berbudi bahasa sikit kalau dah mintak tolong dengan orang.  Kita bukan mintak duit ke..hadiah ke..kereta ke..banglo sebijik ke..setakat terima kasih sudah memadai.


Kalau ada yang terasa, maaflah! Ini sekadar pandangan peribadi aku semata-mata. Tak dek kene mengena antara yang hidup dengan yang dah tak dek da pun. Ok!?

Terima kasih sebab sudi baca. Jumpa lagi!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

Syafadillah Kamal said...

huuuu...penah terase jugak mende ni.adik yg byk aja huhu trimas!

nadeafu chan said...

@ Syafadillah Kamal : trimas untuk apa?tak buat apa2 pon :)

Syafadillah Kamal said...

sbb aja bende2 cmni..huhu

nadeafu chan said...

@ Syafadillah kamal : ehhe manada la..belaja dari pengalaman je la

Post a Comment