05 April 2011

Tinggal selangkah saja lagi

Salam kepada semua pembaca.

Sudah lama rasanya aku tak update blog. Entah! Aku pun tak ingat. Rasa macam dah 2 3 hari tak update. Nasib baik tak sampai lagi tahap yang ada bersawang. Apa boleh buat, tesis punya pasal. Kene la diutamakan dahulu :)


Alhamdulillah. Segala puji-pujian bagi Dia kerana telah memberikan aku kesempatan untuk menghantar salinan viva pada waktu yang telah ditetapkan. Sebenarnya last hantar Jumaat ritu. Tapi aku mintak diberikan peluang hantar Isnin ni. Bukan sengaja ok! Ada perubahan di saat-saat akhir pula untuk perbincangan hasil kajian. Cis!


Sekalung penghargaan buat kawan-kawan seperjuangan yang paling akrab. Sebab dorang, aku masih ada lagi semangat juang untuk menyiapkan salinan viva aku. Walaupun rasanya semangat aku dah tinggal macam saki-baki je. Kalau nak ikutkan hati aku, aku memang dah give up. Stress, letih, tension, semua ada. 

Terima kasih jugak kepada mereka yang telah menambahkan beban aku disaat-saat akhir masa nak hantar salinan viva nih. Tak pe la. Viva pun dah nak dekat. Aku ucapkan selamat berviva ye!. 


Kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain, semoga viva korang semua nanti berjalan dengan lancar, mudah-mudahan. InsyaAllah! All the best ok untuk semua orang. :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment