24 April 2011

Tentang perasaan itu

Salam kepada pembaca semua.

Bahagia rasanya bila tengok kawan-kawan yang kita rapat pun bahagia. Korang pernah dengar? Kebahagian itu adalah bila kita membahagiakan orang lain. Aku pernah dengar sekali kat tibi. Dan sekarang aku tertanya-tanya.. Betul ke apa yang diperkatakan itu?

Tapi perasaan cemburu itu masih ada walaupun kita gembira tengok dorang bahagia. Kenapa eh? Apa lagi yang kurang? Aku gembira je bila dengan keluarga.. Gembira je bila bersama dengan kawan-kawan. Kenapa? Kenapa? dan Kenapa? Cinta?

Cinta? Apa itu cinta? Cinta itu subjektif. Terlalu meluas definasinya. Tapi setiap orang mesti ada rasa ingin mengasihi dan dikasihi, ingin merindui dan dirindui, ingin menyayangi dan disayangi. Tipu la kan kalau ada yang cakap tak dek. Termasuklah diri aku sekali.


Ya! Aku dah tahu. Aku rasa cemburu kawan-kawan bahagia dengan pasangan masing-masing. Bila pikir-pikir balik, kenapa mesti nak cemburu? Biarlah cinta itu datang sendiri. Sebabnya, ada perkara yang lebih penting lagi yang perlu aku selesaikan. Cinta? Belakang kira. Hihi.

Bagi aku, persahabatan itu lebih penting. Sekali berkawan, selamanya tetap kawan. Sahabatlah segala-galanya. Susah senang kita bersama. Dan aku kan cuba sedaya upaya untuk menggembirakan dorang semua. Semakin lama, semakin aku mengerti. Ye! Kebahagian itu adalah bila kita membahagiakan orang lain. :)


Dan aku akan berusaha sedaya upaya untuk yang satu itu.. Membahagiakan orang lain. Yang paling penting sekali nak bahagiakan mak ayah.. Keluarga and orang-orang yang terdekat.

p/s:
Sometimes, you have to forget what you want to remember what you deserve

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment