20 April 2011

Sudah boleh tarik nafas lega

Salam kepada pembaca sekalian.

Hari ni seharian dok pikir pasal tesis. Pukul 10 pagi tadi sudah tercegat kat depan cc, tunggu member-member lain. Nak gi print and binding tesis. Tak sabar!

Memang lama dok sana. 3 jam kot kat cc tu. Mesti abang-abang kat cc tu bosan. Tak pun tak sabar nak terima bayaran dari kami. Pakcik kaya!

Matlamat hari ni memang nak siapkan tesis. Dah tak rasa yang sekarang ni tengah exam. Segala-galanya dicurahkan kepada tesis. Cinta mati sama tesis. Ok! Tipu! Terpaksa.


Hasil tambah tolab darab bahagi, tadi gi print tesis untuk 6 orang termasuklah aku sekali. Sorang paling koman pun nak buat 3 salinan. Korang kira la sendiri. Memang kaya abang cc tu.

kenapa ada 0.95 sen lagi tu?
Jumlah pages yang kitorang print untuk hitam putih saja ialah 1 020. Memula.. Abang cc tu kira sehelai seposen sebab guna kertas 80 gsm.

"Tapi abang cakap kalau 501 dan ke atas, harga dia 8 sen" - Aku try nak cucuk jarum jap!

Abang tu mula berfikir jap sambil buat kira-kira. "Ada tak yang print sorang lebih dari 500 pages?"

"Eh! Tesis Sai ada sampai 500 pages tak?" - Aku berpura-pura berlakon. Member aku nama dia Ainee saje je terus-terusan memprovok abang cc tu.

"Ok lah. Sehelai 9 sen la" - Tak kesah la abang. Janji bukan seposen.

Cc abang tu baru je start buat perkhidmatan binding thesis ni. Kitorang saje je nak tolong-menolong antara satu sama lain. Ade je kedai yang lagi murah. Malas nak carik. Kih kih kih!

Harga yang perlu disetelkan untuk 16 salinan ialah sebanyak RM244.80. Itu baru print saja. Termasuklah print colour laser, black laser dan sewaktu dengannya lah. Kenapa 16 salinan tapi bukan 18 salinan? Sebab Ainee ni la, buat satu salinan je. Lagi 2 salinan dia dah pakat dengan rumet dia.

Lagi dua hari dah boleh amik salinan keras tesis. Excited!

nih tesis yang sudah digabungkan :)

tesis dalam pdf. tengok.. tengok.. ada word SECURED! hehe
Petang pulak, siapkan cd untuk tesis. Cd ni kene hantar sekali masa nak hantar salinan keras tesis kat pensyarah. Kene convert file word ke format pdf. File word pulak kene dalam compatibility mode. Kalau tak nanti pensyarah tak boleh bukak. Huhu.

Segala puji-pujian bagi Dia kerana dah permudahkan segala urusan kami. :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Syafadillah Kamal said...

alhamdulillah..syukur sbb perjuangan tesis sudah berakhir~

nadeafu chan said...

@ Syafadillah Kamal : Alhamdulillah..segala puji-pujian bagi Dia yang dah permudahkan urusan kita :)

Post a Comment