09 April 2011

Selamat ulangtahun kelahiran

Salam kepada pembaca sekalian.

Masuk hari ni bertambah satu angka umur aku. Oh tidak! Aku masih muda! Ok! cukup-cukup lah dengan perasan tu.

Minggu ni study week. Kan aku dah cakap da.. Kali ni mesti aku kene celebrate bersama buku dan nota. Sape nak tolong nyanyikan lagu hepi bestday untuk aku? Cepat nyanyi. Hehe. Aku pun selalu jugak nyanyi lagu ni untuk orang. 

Tapi orang nyanyikan untuk aku opkos la setahun sekali kan. Tipu la kalau tiap-tiap hari, tiap-tiap bulan dorang nak nyanyi selalu untuk aku. Tapi ada je kan yang dapat dengar lagu ni empat tahun sekali. Hehe. Tak pe la tak celebrate pun. Masing-masing bizi dengan study. Nak fokus final exam. Sekadar ucapan pun dah cukup. Aku tak kesah pun. :)

**********
Aku teringat masa tahun 1 dulu. Kawan-kawan pakat buat surprise kat aku. Memang terkejut la aku dengan surprise tuh. Tak sangka ada orang nak celebrate. Last aku celebrate pun masa tingkatan 2 dulu. Terharu giler la weh! Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan untuk dorang. Huhu.

ada nama kawan baik aku sekali hehe
aik? ada wizard sesat haha
Yang baju biru tuh kawan baik aku. Yang pakai topi wizard tu salah sorang member kosmet yang rapat. Aku ingat lagi ada satu peristiwa tu. Masa tu kawan baik aku tengah mesej-mesej. 

Aku tanya la, "Mesej dengan sape?". Dengan muka selamba dia jawab, "Ni haa. Celcom hantar mesej". 

"Oh! Boleh reply-reply mesej dengan Celcom eh? Tak tahu plak". Aku mengiyakan aje. Haha. Sumpah lawak gile masa tuh. Aku pun norb giler percaya cakap dia.

Rupa-rupanya dia tengah mesej budak-budak yang lain. Suruh postpone jap sebab kitorang datang lambat. Masa tu ada budak kosmet aku yang lain nak pinjam tutor aku. Aku pun kasi je la. Tapi tunggu jugak sampai dia siap. Sebab dia memang tak paham soalan kat tutor tuh. Aku ajar sikit-sikit je la.

ni la mastermind dia. idea spontan dia memang menjadi huhu
Ok! Ni citer pasal celebrate bestday masa aku tahun 2. Hehe.

Surprise yang ni tak menjadi. Sebab aku nampak ada orang terhendap-hendap kat depan pintu blok aku. Haha. Kantoi! Yang kawan baik aku nih punya lah beriya ajak aku dok kat tempat lain. Jangan dok dalam bilik. Nati senang member-member yang lain nak masuk bilik aku. Sekali tak jadi.

Kat blok aku ada ruang pantri. Kat ruang tuh pulak ada meja dengan kerusi. Kawan baik aku ajak duduk situ. Kunun-kunun nak study. Masa tu tengah study week. Alasan yang dia bagi, panas lah study dalam bilik. Tak boleh nak fokus. Aku tak syak apa-apa pun, follow je la.

tak ingat la ni kek perisa apa huhu
dapat bear hihi
Member yang aku nampak kat pintu blok aku yang kasi bear nih. Juga sebagai wakil member-member yang lain. Huhu
kad ucapan pun ada jugak :)
Semua orang nak turunkan tanda tangan masing-masing. Punya lah comel kad ni. Lepas tu gambar yang kat depan kad tuh dia buat double. Nampak macam timbul sikit. Huhu.

**********
sebahagian dari mereka yang wish. terima kasih.
Walaupun bestday kali ni aku tak celebrate dengan kawan-kawan, aku tetap gembira jugak. Wish kat pesbuk pun ok ape. Terima kasih sangat-sangat kepada yang da wish. :)


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

Usop Wilcha said...

Yepi besday...

Manusia jadi komoditi

nadeafu chan said...

@ Miecyber : tq3 :)

Syafadillah Kamal said...

hepy besday..selamat panjang umor.ni thn last sambut besday ngan lectire notes hehe bile mau celebrate? ;p

nadeafu chan said...

@ Syafadillah Kamal: terima kasih huhu tahu tak ape..lepas nih xdek jumpa korang da..bila mahu celebrate?tanya lah ketua program huhu

Syafadillah Kamal said...

dah set td kan.jgn x jdk lak!

nadeafu chan said...

@ Syafadillah Kamal : oh da set ke? bila? tak tahu pun huhu

Post a Comment