08 April 2011

Segala puji-pujian untuk Dia

Salam kempada pembaca sekalian.

Selesai sudah pembentangan viva pada hari ini. Yeah! Dah boleh konvo. Belum lagi.. Ok! Final exam ada lagi. Lepas tuh latihan industri pulak. Baru lah boleh konvo. Alhamdulillah.. Boleh konvo dengan rakan-rakan seperjuangan.


Segala puji-pujian dan terima kasih kepada Maha Pencipta yang telah mempermudahkan segala urusan aku pada hari ini. Syukur sangat-sangat.

Sepanjang sesi pembentangan viva tadi, semuanya berjalan lancar. Kurang sikit rasa neves. Rasanya memang tak dek kot. Nak dibandingkan dengan mula-mula dulu masa pembentangan proposal.. Aku rasa macam nak nangis je kat depan tuh. Tapi malu la. Huhu. Baru bentang proposal kot. Lebih kurang minggu lepas, baru je bentang hasil. Tuh yang masa viva tak neves sangat :) 


Sekarang ni study week. Banyak masa aku dihabiskan untuk tesis saje. Buku dengan nota tolak tepi kejap. Kejap ke? Aku rasa macam dah lama tak sentuh nota-nota. Entah-entah dah berhabuk. Boleh buat bedak tepek kat muka. Pakai malam-malam sebelum tido. Kih kih kih!

anak sape nih? sumber : incik google

Hari ni dah hari Khamis. Isnin ni pulak da start exam first paper. Hari minggu belum tentu nak bukak buku. Abes? Bilanya kau nak study? Sudah la ko. Ala..kau nih suke bagi alasan. Nak seribu daya.. Tak nak sejuta dalih. Cis! 

Ok! Ok! Nak tak nak aku kene la jugak study. Orang tak pandai, kene rajin sikit :)


Walaupun da selesai viva, salinan tesis kene edit balik. Nasib baik la lecturer murah hati. Lama jugak tempoh yang dia bagi untuk betulkan balik kesalahan-kesalahan yang pemeriksa dah carikan. Hehe. Tapi jangan main-main ouh! Kalau tak hantar pada waktu yang telah ditetapkan.. E la jawabnye!


Baiklah! Stop sini dulu. Mahu bersiram. Malam nih nak jumpa kawan lama. Tatatititutu~

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment