27 April 2011

Sah ke tak sah?

Salam semua.

Sebagai seorang yang beragama Islam, aku yakin yang korang sedia maklum akan pahala untuk solat berjemaah ni. Pahalanya berganda-ganda dari solat bersendirian kan?. Tak kira waktu Subuh ke.. Zohor ke.. Asar ke.. Maghrib atau Isya'.. Seperti yang telah dinyatakan dalam hadis di bawah ni..

"Solat berjemaah itu lebih afdhal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda"

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Umar.

Masa aku gie Pesta Buku kat PWTC ritu.. Waktu tu dah masuk waktu Asar. Kebetulan masa aku singgah kat surau dia, dorang semua tengah solat berjemaah. Memula aku musykil jap. Nak kata solat berjemaah, tapi yang kat tengah-tengah macam lopong. Tak dek orang pun.

Aku usha lama sikit. Pasang telinga nak dengar bacaan si Imam. Masa Imam rukuk, makmum perempuan pun rukuk gak. Masa Imam sujud, makmum perempuan pun sujud gak. Tapi kenapa saf yang tengah-tengah tu berlubang? Yang ada cuma kiri dan kanan?

Persoalan aku kat sini, sah ke solat berjemaah macam tu? Terputus saf?

Aku sekadar ingin bertanya, untuk mendapatkan kepastian. Kalau ada sape-sape yang sudi tolong, jutaan ucapan terima kasih aku ucapkan. Sekian!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

4 comments:

Syafadillah Kamal said...

erkk..sy kurang arif.tp kalau dah namanya solat berjemaah,saf mstlah rapat dan saf hdpn dipenuhkan terlebih dahulu.kalau ada lopong tu apa pulak maksudnya.

nadeafu chan said...

@ Syafadilllah Kamal : lopong tuh maksudnya saf tak rapat la..ada ruang..renggang2 huhu

Syafadillah Kamal said...

iye tau..uhuhu maksudnya, sah ke x?x berani sgt nak beri komen ;)

nadeafu chan said...

@ Syafadillah kamal : huhu tak tahu belah mana yang sah belah mana yang xsah..dia bergantung jugak pada kedudukan imam..rasanya la

Post a Comment