23 April 2011

Nak cuti panjang

Salam kepada pembaca sekalian.

Hari nih seharian berada di luar. Malam ni la baru rasa nak rest sikit. Ape tak nya.. Bangun pagi celik mata pukul 5.30 pagi. Hari ni ada exam.. pukul 8.30 pagi sampai 10.30 pagi. Sebab masa yang diberi untuk melunyaikan kertas soalan itu adalah selama 2 jam.

Exam kali ni rasanya paper dia tough sikit banyak. Ada 4 lecturer kot yang mengajar untuk subjek ni. Hasil tambah darab tolak dan bahagi, mase exam tadi kene jawab lebih kurang 20 soalan. Mana cukup bai 2 jam tu. Bagi aku, betul salah belakang kira. Yang penting tak dek tinggal tempat kosong. Hehe.



Lepas exam ada pulak taklimat pasal latihan industri. Kenapa la baru nak buat pusat pengajian aku ni? Fakulti lain siap ada bengkel khas. Selama sebulan lagi tuh. Syok! Sebab praktikal dorang hanya tinggal lagi dua bulan je la. Lebih kurang gitu. Aku tak pasti sangat.

Nak rehat lepas zohor pun tadi tak dan jugak. Kene siapkan surat penolakan untuk tempat yang kita da apply untuk praktikal tapi kita tolak. Leceh memang leceh. Apa boleh buat.. Prosedur tetap prosedur kan? Sebagai seorang pelajar yang skema berdisiplin, kene la ikut arahan walaupun terpaksa. Cis!

Lepas tu nak kene gie bank lagi. Bank apa? Bank Islam la. Mesin atm dia memang banyak, bank nye semua jauh-jauh. Tak dek ke bank yang letak kat simpang nak masuk u aku ni? Kan senang sikit keje. Terpaksa la gie Kajang sana. Sebab tak dek transport nak gie yang kat Bandar Baru Bangi atau BBB tu. Letih! Da sampai bank sana, ramai pulak orang. 


Dah setel semua balik lah. Tu pun sampai dah nak maghrib. Dah naik bas, buat la cara naik bas kan. Aih~ Ada lesen pun tapi takut nak bawak keta. Macam tu la jadiknya. Tak pe.. Tak pe.. Balik ni kene test JPJ lagi. Tapi dengan bapak aku plak. Kalau tester JPJ yang betul-betul punya JPJ, memang tak sanggup aku. Mahu nya kene tazkirah lagi kang. Hehe.

Aku mahu cuti lama-lama. Dah tepu dah otak ni dengan nota-nota yang perlu diupload untuk exam ni. Tapi tak boleh! Kenapa? Sebab praktikal start 2 Mei pulak da. Dah nak dekat dah tarikh keramat tu. Keramat la sangat kan!

nak pergi mandi kat laut lagi! :(

Oklah! Sampai di sini dulu. Aku mahu menikmati tidur lena yang indah. Selamat malam semua. :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Syafadillah Kamal said...

perghh...exam membunuhkan!dah la byk soalan..siap ade anak cucu cicit lg.mane dan nak jwb?huwaa...tp still xpuas hati sbb x sempat nak semak.

huuu..smlm mmg memenatkan.seharian x rehat.bile sampai bilik,jgn ckp la kan.pas mandi teros tido haha.best!

nadeafu chan said...

@ Syafadillah Kamal : taw xpe..exam untuk paper ni tak boleh nak keluar setengah jam awal macam paper2 yg lain huhu

Post a Comment