29 April 2011

Mengemas untuk kali terakhir

Salam semua.

Hujan lebat mencurah-curah membasahi bumi tanpa henti-henti. Sedar-sedar dari tido je jam dah 7.12 am. Macam terkena renjatan elektrik je bangun tadi. And misi hari ni ialah kene habiskan mengemas barang-barang yang perlu dibawa balik.

Satu persatu teman sudah pulang ke kampung halaman masing-masing. Macam tak sedap je kalau nak tulis pulang ke bandar halaman masing-masing. Haha. Dah tak dek ape nak buat, mengemas je la hari ni keje.

sape nak tolong kemas?
giler bersepah. cane aku nak kemas ni?

pakai ink satu sem pon tak abes lagi
Tapi sem ni kira ok. Barang-barang aku pun tak banyak kalau nak dibandingkan dengan sem-sem lepas. Memang penuh la satu kereta dengan barang-barang. 

Biasanya kalau dah kes macam tu, yang datang nak tolong angkut semua-semua ni hanyalah ayah aku sorang dengan assistant merangkap adik aku.. Kalau dia rajin nak ikut la.

Adik aku nih suke bagi alasan. Sakit perut la, sakit kepala la..

"Mana adik mak?" - Tanya dengan muka blur. Apa taknya, tadi cakap nak datang. Da sampai orang nye tak dek.

"Ada kat umah tu.. Katanya nak keluar" - Mak berkata tanpa berselindung da.

Cakap je la tak nak ikut. Habis cerita! Tapi aku tak kesah pun. Sebab blok yang aku duduk ni kat belah depan-depan jugak la. Dekat dengan jalan. Angkut barang sorang-sorang pun tak pe. Haha.

aih~nak pk anak-anak ni lagi =.=

Ok! Stop sini dulu. Nak sambung mengemas. Saje je amik mood! Can cin cau!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

6 comments:

zaty kecik said...

slamat pulang weh!
semoge ketemu lagi! insya Allah.

Syafadillah Kamal said...

will gonna miss every single things at there..

nadeafu chan said...

@ zaty kecik : selamat pulang jugak zaty..InsyaAllah panjang umur jumpa lagi :)

nadeafu chan said...

@ Syafadillah kamal : huhu taw xpe..suka duka yang dah berlaku kat tempat tu :(

Syafadillah Kamal said...

terlalu byk kenangan.Ya Allah..sedih bila teringatkan sume kenangan2 tu ;(

nadeafu chan said...

@ Syafadillah kamal : past is past..no turning back huhu

Post a Comment