10 April 2011

Majlis yang meriah tapi..

"Assalamualaikum. Kau buat apa? Tido ke" - Suara merdu mak aku mengejutkan aku dari tido lena.

"Waalaikummussalam. Ha'ah tido lagi la mak. Kenapa?" - Jawab aku dengan suara yang nampak sangat baru bgn dari tido.

Tepat jam pukul 8 tadi mak aku telah mengejutkan aku dengan membuat panggilan ke telefon bimbit aku. Tersentak aku dari mimpi indah pagi tu.

"Kau tak balik ke?" - Mak aku bagi soalan cepumas.

"Ingatkan semalam nak balik mak. Tapi semalam dah telefon ayah. Ayah cakap tak dek orang kat rumah. Tak jadi lah nak balik" - Punya lah panjang alasan yang aku bagi. Hehe.

"Balik sekarang tak boleh ke? Tapi kene cepat la. Pukul 11 dah nak gerak gi kenduri kawen" - Beriya benar mak aku suruh balik.

"Hurm. Yela.. Orang balik sekarang, k" - Jawab aku dalam keadaan masih mamai dan terkejut.

Dengan sepantas kilat, aku terus bangun dari katil, kemas-kemas katil, kemas-kemas barang, gi basuh baju yang da semalaman berendam, tukar bathing sand si Minah, topap makanan Minah dengan Mamat. Lepas tu da habis basuh baju, aku terus sidai. Kalau tak bila lagi nak sidai kan? Baru lah aku mandi dan bersiap-siap semua.

ni bukan bilik aku. sekadar gambar hiasan.

Tepat pukul 9 pagi aku tunggu bas kat bustop. Tunggu bas lain, bas rapid plak yang datang. Selalu kalau tunggu bas rapid, tak datang-datang plak. Terbang RM1 aku. Nak cepat punya pasal. Tengok-tengok kat belakang baru sampai bas U aku. Cis!

Digital board kat platform menunjukkan bahawa tren KTM akan sampai pada jam 9.20 pagi. Tunggu punya tunggu, last-last tren delay plak. Hampeh betul. Aku nak cepat nih. Bila tren da delay, penumpang pun makin bertambah la. Kompem macam sardin nanti. Lagi-lagi bila sampai kat stesen Serdang. 


Aku malas nak turun sampai stesen Batu Caves. Kompem lagi yang aku takkan sampai rumah jam 11 pagi. Selalu kalau aku nak cepat sampai rumah, nak jimat masa perjalanan, aku turun kat KL Sentral je. Lepas tu naik Putra LRT sampai Terminal Putra atau nama lain dia Gombak. Banyak je alternatif yang aku boleh guna untuk pulang ke rumah. Hehe.


Beriya-iya mak aku suruh balik. Nak ajak aku gi kenduri kawen sepupu aku. Kalau aku balik petang semalam, aku boleh tengok majlis nikah dia. Tapi malas la. Aku tak suke rush-rush ni. Nati mesti ade je yang tertinggal. 

Majlis dia memang grand la. Dewan dia pon ok. Tak silap aku Ball Room kot. Luas giler. Anak buah aku suka plak berkejaran ke sana ke mari. Stage pelamin tak payah cakap la. Memang nice! Tema dia warna putih. Tapi aku rasa macam ala-ala barat jugak. Sebab si pengantin lelaki pakai white suit, yang pengantin perempuan pulak pakai gaun. 


Tapi satu je la tempat tu, maintenance langsung tak dek. Bangunan dia ada 3 tingkat. Majlis nih buat kat tingkat 2. Tandas kat tingkat lain tak dek air langsung. Kalau ada pun kat tingkat 2 yang tempat majlis tadi. Itu pun bercampur laki dengan perempuan.

Selalu kalau masuk dalam bangunan, kita akan rasa sejuk penghawa dingin. Ni tak, rasa bahang je. Lif pulak kadang-kadang ok, kadang-kadang sewel. Kesian kat orang-orang tua yang dah tak berapa nak larat naik turun tangga termasuklah mak aku sendiri.

Tadi masa nak solat Zohor, surau pulak berkunci. Surau tu kat tingkat 3. Sudah! Nak solat kat mana? Gi opis dia, tak dek orang pulak yang jage kaunter tu. Ingat boleh la mintak kunci ke, tolong bukak ke. Last-last, solat jugak kat tingkat 2 tu, tapi disebalik tabir. Nasib baik ada dinding papan. Boleh jugak buat tutup sikit.

Sadis tak majlis nih? Dewan ok, meja makan cantik, tempat makan pengantin pun cantik, stage pelamin lagi lah cantik kan. Tapi kemudahan-kemudahan yang asas macam tandas dengan surau tak dek pulak. Nasib baik lah mak aku sentiasa bawak telekung ke mana-mana.Kalau tak dek surau macam situasi macam ni, boleh guna. Sebab selalunya surau ada sediakan 1 atau 2 telekung, kira ok la.


Tempat tuh dulu sebenarnya adalah sebuah hotel. Bila si ayah yang merangkap orang yang bangunkan hotel tuh dah meninggalkan dunia, si anak-beranak ni pulak berebut pasal hotel ni. Last-last terbengkalai. Semua bilik-bilik kat situ dah disewakan kat orang ramai macam sewa rumah. Kira penyewa kene bayar tiap-tiap bulan la. Kesian.. Ish ish ish!

sekarang da tukar jadik Anjung Rahmat Inn

Apa yang aku nak cakap kat sini, kalau nak buat majlis yang besar-besaran.. Usha-usha dulu kemudahan yang disediakan. Tapi bukan salah kita jugak tak tengok tempat betul-betul. Mungkin orang yang nak bagi sewa tu kelentong kita ke. Sape tahu? Tapi jugak semuanya bergantung pada keadaan. Hehe.

Oklah, sampai di sini dulu. Penat gila hari ni. Baru nak rest ni. Selamat malam semua kepada para pembaca. Terima kasih sebab sudi membaca entri ni :)

p/s :
Nanti majlis kawen aku, aku nak buat kat tempat terbuka. Tapi susah pulak kalo hujan. Kompem tetamu kene tempias hujan. Ish ish ish!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

14 comments:

zaty kecik said...

haha. aku igt yg gmba bilik bersepah 2 bilik ko. pnt aku fkr ade ke design bilik camtu kt burhan. haha.

nadeafu chan said...

@ zaty kecik : hehe itu sekadar gambar hiasan saje :P takkan la bilik aku bersepah mcm tu :p

Miecyber said...

Lecehlah kalau tandas takder air...

Tandas segera

nadeafu chan said...

@ Miecyber : tahu tak apa..bukan saje tak dek air..kotor pulak tu

Syafadillah Kamal said...

geli geleman ouhh..kalo part wedding je cantek tp persekitaran x ok, x gune jugak kan..

nadeafu chan said...

@ Syafadillah Kamal : itulah masalahnye..tak tahu la cane

Syafadillah Kamal said...

camtu je la...nti akan dtg xmo wat majlis cmtu ye..

nadeafu chan said...

@ Syafadillah Kamal : senang cite xpayah buat majlis besar-besaran mcm tu la ye hehe

RaTu SaLju said...

nk wat majlis kt tempt terbuka...???
bunyi mcm nk wat besar-besaran jer...
hahahhaha~

nadeafu chan said...

@ RaTu SaLju : tempat terbuka itu maksudnya bukan dalam bangunan..ok :p

Anonymous said...

salam,maap mencelah...errr,fakta anda salah...tuan empunya hotel tersebut iaitu si ayah masih ade,masih hidup.n tiada unsur anak2 beliau berebut harta..err,mcmmne saya tau,psl sy anak sedara die..hehe..cume kalu xsilap,hotel tersebut telah di beri sewa kepada abim,tp xtau la skg nie...

nadeafu chan said...

@Anonymous : biasalah kalau dah khabar angin, faktanya tak byk sgt. saya tahu pun, dgr org kat majlis tu jugak yg cakap-cakap. maaf ye :)

khaNsa hawaNi said...

assalamualaikum,

boleh tanya jika tuan blog kenal sesiapa ahli keluarga pemilik anjung ramhat inn ni. sekarang dah tak disewakan kan kepada ABIM, dan terbengkalai. boleh bantu saya?

nadeafu chan said...

@khaNsa hawaNi: maaf. Saya tak kenal. Tapi yg saya tahu sejak anak pemilik anjung rahmat ni amik alih, mmg sudah tak disewakan kpd abim da

Post a Comment