01 May 2011

Lemas di lautan manusia

Salam semua.

Siang tadi aku gi pesta buku. Kat mana? Macam yang korang tahu, kat PWTC lah. Hehe. Letih memang letih. Tak payah cakap la. Lagi pulak da nak last-last day ni. Memang ramai orang. Gi mana-mana pun ramai orang. Budak-budak sekolah tak payah cakap. Aku rasa dari seluruh pelosok negeri kot buat rombongan sekolah gi ke pesta buku ni.

22 April - 2 Mei 2011

Aku gi dengan member sekolah rendah.. Dengan adik dia sekali. Cadangnya nak gi naik public transport. KTM or STAR LRT. Takut tersangkut kat jalan raya ke.. Jalam jem. Sapa tahu. Lagi pulak hari minggu. Tapi adik dia tak nak pulak. Dia nak gi naik kereta. Aku tak kesah. Mana-mana pun boleh. Lagi pun adik dia yang drive. Hehe.

Seperti yang telah dijangka kan, jalan raya memang sesak. Kenderaan penuh. Masa sampai PWTC pun, parking dah penuh. Bas-bas pun banyak. Tak payah cakap lah. Sepanjang tepi jalan tu memang tempat bas parking kat situ. Lepas parking kereta, aku dengan member aku pun berjalan mencelah dalam kesesakan ramai orang tu. Masuk-masuk je, nampak pulak si Adi Putra. Masa tu dia tengah kasi autograf kat peminat dia. Mesti korang kenalkan. Budak genius Matematik tu.


Booth pertama yang kitorang gi, PTS. Kalau tak silap aku, printing dia area-area rumah aku je..  Kat Batu Caves ni. Tapi aku tak pernah gi. Sebelum masuk tempat tu, ada pulak kaunter SPR. Member aku dengan muka tersengih-sengih dia tanya, "Kau da daftar mengundi da? Jom daftar. Ada kaunter kat situ". Aku tengah blur-blur masa tu follow je. Orang tu mintak IC. Dia yang tolong tuliskan.

PTS ada kasi kupon diskaun lagi

Pergh! Bila masuk dalam booth PTS tu, sumpah ramai gila orang! Nak lalu pun susah. Da la jalan kecik. Ruang dalam dewan tu pulak padat. Umat manusia pulak ramai. Memang nak jalan pun susah. Berhimpit-himpit haa. Main langgar-langgar, tolak-tolak, pijak-pijak.. Semua ada la. Member kepada member aku ada kirim satu buku. Tajuk dia 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki. Tapi tak jumpa pulak kat sana. Stok da habes. Kalau korang tahu, sila lah roger-roger aku ye.

pergh! buku nak kaler pink je

Lepas da bersesak-sesak kat PTS, kitorang gi pulak booth karangkraf. Memang besar la. Aku rasa paling besar kot dewan booth dorang. Masa tu ada pelancaran buku Untukmu Yuna. Tak tahu lah sape penulis dia. Yang ni lengang sikit. Boleh la kalau nak berjalan kat situ. Masih ada ruang lagi. Ruang kat tengah-tengah dewan tu memang dorang buat kosong. Aku rasa la. Sebab tak dek pun dorang letak rak untuk pamerkan buku-buku.


Da puas round-round kat Karangkraf, kitorang gi pulak kat booth Kaki Novel. Memang laris buku-buku under Kaki Novel ni. Masa kitorang datang, pekerja-pekerja kat situ tengah topap balik rak-rak buku yang kosong. Lupa plak nak cakap.. Ada lagi satu penerbit.. Jemari Seni kot. Novel-novel dia pun best jugak macam Kaki Novel. Booth Jemari Seni ni dekat-dekat dengan booth PTS tadi. Situ pun memang ramai orang jugak. Lagi pulak dekat dengan pintu masuk. Memang nak masuk tu agak susah la.

kedudukan booth Kaki Novel
Jemari Seni pun tak kurang hebatnya mendapat sambutan

Booth terakhir yang kitorang gi, booth Galeri Ilmu. Aku cari novel Hilal Asyraf. Suka gila dengan novel-novel dia. Sempat jugak aku beli novel dia. Bukan satu tapi dua! Novel Hero dengan Takdir. Tak payah baca sinopsis dia. Sebab dah tahu novel Hilal Asyraf ni memang best. Ada sorang member matrik aku, dia suka gila dengan karya-karya Hilal Asyraf ni. Hilal Asyraf ni sebaya aku je. Tapi dah jadi penulis. Mungkin tak popular di kalangan korang. 




Dah puas jalan, perut pun lapar. Kitorang terus bergerak ke The Mall. Makan McD je la. Tu pun ramai orang. Dah tak dek seat da. Bungkus je la. Member aku dah lapar sangat. Kitorang jalan balik masuk PWTC.. Dekat dengan tempat kitorang parking kereta. Duduk lah kat situ makan. Semua budak-budak sekolah tengok kitorang makan. Aih~ Tak pernah tengok orang makan ke dik? Mungkin dia pelik kot, mana dapat McD. Mestilah kat McD.. Takkan kat KFC plak kan?


Makan pun tak habis. Kitorang nak Zohor kat rumah je. Laju jugak adik member aku tuh bawak. Gila-gila pun ye. Tak tahu lah samada dia da amik lesen ke belum. Tapi bawak macam orang dah pro je. Haha.

Oklah! Aku nak start bace novel yang aku baru beli tadi. Aku stop sampai sini dulu.

Adios!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment