09 April 2011

Kelly Clarkson ada di kafe

Salam kepada pembaca sekalian.

Hari Jumaat merupakan hari yang mulia. hari Jumaat juga merupakan penghulu segala hari. Tapi aku pulak yang tak reti macam mana nak manfaatkan petang-petang jumaat macam ni. Ni entri yang ntah ke berapa da aku post. Untuk hari ini saja. Huhu.

Pergh! Memang hari ni sangat rilex la. Padahal Isnin ni dah start exam. Eh! Kau tak takut ke? Mestilah takut. Aku bukan budak genius pun. Kih kih kih! Mungkin sebab semalam da viva. Hari ni rehat sepuas-puasnya. Jangan sampai leka beb! Masa tetap berjalan. Ok!


Aku baru balik makan ni. Macam biasa la, makan kat kafe je. Malas nak makan kat luar. Eh? Pernah ke aku makan kat luar ramai-ramai? Tak pernah kot. Makan dalam selalu la. Nasib baik boleh tembus sampai belakang. Makan dalam punya pasal. Ok! Tipu je. Haha.

sekadar gambar hiasan. sumber : pakcik google

Macam biasa la menu yang aku order. Nasi goreng kampung dengan teh o ais je. Aku jenis nak yang cepat siap, murah, kenyang. Masa tengah tunggu makanan nak siap, tiba-tiba aku terdengar si abang kafe, selaku tukang bawak makanan kat kaunter melaungkan nama "Kelly Clarkson!"


Aku ingat aku sorang je yang dengar, rupa-rupanya kawan baik aku tuh dah gelak terbahak-bahak dulu da. Kira aku lambat sikit beberapa second dari dia la kalau nak gelak tu.

Apa motif dia letak nama Kelly Clarkson kat kertas order tu? Ada kebarangkalian kalau dia letak nama artis barat makanan dia boleh cepat siap kot. Haha. Memang kitorang satu meaj tu da tergelak besar la. Ok, nanti aku nak letak nama Natasha Beddingfield ke, Lady Gaga ke, kompem baru letak kertas order je.. Makanan da siap!


Aku saje-saje je taip entri ni. Jangan anggap serius sangat. Hehe. Terima kasih sebab sudi baca entri ni. Jumpa lagi, sekian! :)

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Syafadillah Kamal said...

wohoho~jgn men2 k..u kite ade kelly clarkson.hebat!ahaha mmg x blh bla petang tuh

nadeafu chan said...

@ Syafadillah Kamal : ahahaha tahu tak ape..asyik nak gelak je..release tension!

Post a Comment