06 April 2011

Jadik nenek buat kali kedua

Salam kepada pembaca sekalian.

Malam ni rasa macam panas la. Bukan malam ni je. Malam sebelum-sebelum ni pun panas jugak. Aku sanggup tidur beralaskan lantai simen dari tidur atas katil. Adakah sekarang bumi kita mengalami pemanasan global? Huh!

Entri kali ni aku nak cerita pasal hamster aku dengan hamster kawan aku. Macam yang aku bagitahu sebelum ni, aku ada bela hamster jantan. Nama dia Mamat. Kawan aku punya pulak hamster betina, nama dia Minah.

Ok, apa yang aku nak bagitahu kat sini.. Minah sudah beranak lagi. Kali ni 6 ekor pulak. Tapi 2 ekor sudah mati. Dengan sepantas kilat aku gi tanam tadi. Pastu pulak kat satu sudut blok bangunan, aku nampak hanjeng tengah skodeng aku. Sebok je!

Kawan aku cakap mulut aku ni masin. Bukan apa, baru siang tadi aku anta wall post kat pesbuk dia. Sebok bercerita pasal Minah. Badan dia sangat besar. Berganda-ganda dari Mamat. Aku suspek Minah nih bunting. Sekali betul daa. Malam tu pulak dia beranak.

Aku kira-kira balik, hasil tambah tolak darab dengan bahagi.. Tak sampai sebulan kot tempoh masa dia beranak dulu. Ish ish ish! Aktif sungguh kan!? Sekali 6 ekor pulak tu. Tapi kesian la kat anak dia. Minah ni tak nak jaga pulak. Ada sekor tuh, badan dia da hilang. Minah la yang makan.

Aku google-google kat blog orang, jalan-jalan jap carik info pasal hamster. Dorang cakap yang selalu makan anak hamster ni si jantan. Tapi yang kes aku ni, sudah terbalik. Mak dia plak yang melantak anak dia. Aku sempat selamatkan lagi sekor dari kene baham dengan Minah. Tapi tu pun da nyawa-nyawa hamster da. Kene gigit-gigit dengan Minah. Adoi!

Masa aku nak letak anak-anak hamster ni dalam bekas, aku letak jap Minah ni dalam bola dia. Pusing punya pusing, ligat betul. Tiba-tiba ada muncul lagi sekor anak dia, anak yang ke-6. Nasib baik tak mati kene pijak dgn dia. Cepat-cepat aku keluarkan Minah dengan anak dia yang lagi sekor tu.

Aku terus bagitahu kawan aku, tuan punya dua-dua ekor hamster ni. Macam biasalah. Dia suruh letak dalam bekas yang beralaskan tisu. Aku pun buat jugak. Tapi aku tak sampai hati nak letakkan anak-anak hamster tuh sekali dengan mak dia. Nati habis semua mati. Tapi kalau tak letak sama pun mati jugak, tak dapat menysusu.

Dengan berat hati, lepas aku kemaskan semua-semuanya.. Aku letak jugak la anak-anak hamster tuh dalam sangkar yang sama dengan mak dia. Sekarang aku tak tahu apa jadi. Sebab masa aku menaip entri ni.. Aku dah lari gi bilik kawan aku. Huhu. Tengok je la nanti nasib anak-anak hamster tuh cane. Tak sanggup nak hadapi semuanya.

Itu baru betul namanya binatang. Pandai buat anak, tapi tak pandai jaga. Tapi tak semua binatang macam tu. Ada je yang sayangkan anak dia. Kan?!

Terpaksa kuatkan semangat nak lupakan apa yang da terjadi tadi. Nak makan pun tak selera. Adoi~ =.= Lapar da perut ni. Bunyik-bunyik. Huhu.

Sampai di sini saja. Jumpa lain kali. Terima kasih sebab sudi membaca. :)

p/s :
Agak bosan sikit entri ni. Sebab tak dek gambar langsung! Aku tak sampai hati nak snap picture dorang huhu

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Miecyber said...

Peliklah si Minah tu...

Serangga menu utama masa depan

nadeafu chan said...

@ Miecyber : tuan yang jage dia lagi pelik..

Post a Comment