28 April 2011

Cerita hari ini

Salam semua.

Hari nih merdekalah sudah aku dengan kawan-kawan aku yang lain sebab tadi last paper. Selesai sudah suka duka senang lenang goyang kaki selama tiga tahun berada kat sini. Lepas ni praktikal pulak. Lepas tu konvo. Lepas tu.. Lepas tu.. Lepas tu.. Masing-masing da bawak haluan sendiri.

Aku tak tahu nak cakap ape masa exam tadi. Nak kata susah, semua dalam nota. Entah apesal, macam tak boleh terima je apa yang ada dalam nota tadi. Bila bukak nota nak ulangkaji rasa macam.. Ntah! Sukar digambarkan dengan kata-kata.

Mungkin aku tak cukup mengikhlaskan hati dalam membuat ulangkaji tadi. Kalau tak, tak dek la jadik macam tu. Study berhari-hari pun, jawab exam rasa macam otak kosong jugak. Dalam dewan pun duk termenung.. Pikir jawapan apa yang terbaik nak tulis kat kertas jawapan. Dengan hujan lebatnya.. Dengan sejuk ekon nya.. Memang tak boleh fokus.

Lepas ni dah tak jumpa kawan-kawan da. Tapi ada beberapa perkara lagi yang aku nak buat bersama-sama dengan dorang. Tak tahu lah sempat ke tak. Kalau lah dorang tahu. Nak bagitahu pun tak tahu caranya macam mana. Tak pe la. Tak dek rezeki.

Selamat menunaikan fardhu solat Maghrib ye! Aku stop sini dulu. Adios!
 

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

Syafadillah Kamal said...

adios amigos huhu yeay!merdeka sudah..byk yg kite dah lalui spjg 3 thn ni.skejap je rase kan..tp x la kejap mane pun.lame la jugak hehe

nadeafu chan said...

@ Syafadillah Kamal : taw xpe..pejam celik pejam celik dah habes belajar da huhu

Post a Comment