24 April 2011

Cara halus untuk menghalau roomate yang...

Salam kepada pembaca semua.

Teringat lagi masa zaman-zaman duduk asrama dulu. Kalau yang duduk dorm mesti dalam satu dorm tu ntah berapa belas orang penghuni. Kalau duduk bilik pulak, sikit je la penghuninya. Bergantung jugak kepada saiz bilik. Ada yang satu bilik 4 orang, Ada yang satu bilik 2 orang. Aku dah pernah alami semua situasi kat atas tu. Hehe.

Mungkin ada diantara korang yang kadang-kadang tak suka dengan roomate korang. Bukan tak suka apa. Macam-macam pe'elnye la kan. Kalau baik, kamceng, ok je. Boleh masuk. Kalau tak ok macam mana? Jadi, kat sini aku nak berkongsi satu tips.

Tips ni aku dapat masa aku bukak inbox tadi. Ada seorang kenalan telah meng'forward'kan emel tersebut kepada aku. Ni cara halus punya cane nak halau roomate korang yang 'baik' tu.

**********
1. Bila sampai hari Jumaat, pack segala barang kau dan kabor kat roommate kau yang kau nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik balik dan terangkan bahawa tak de orang kat rumah. Unpack segala barang kau dan gi tidor. Kunun-kunun tension la.

2. Setiap kali roommate kau balik, jerit sekuat hati "Horee...kau dah balik!". Lepas tu menari dalam 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama-lama dan tanya dia "Sepatutnya kau dah belah dah sekarang ni kan?!". Sambil buat muka tak bersalah.

3. Buat-buat terjaga pada tengah malam, jerit kuat-kuat "Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kau kecil, cukuplah sekadar melompat 2 3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura-pura tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan kau. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak-dah merebak" Sambil buat muka gelisah dan tak keruan.

5. Beli satu pokok bonsai. Bercakap dan tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar dan menghempaskan pintu bilik dgn kuat.. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate kau sambil berkata "Tak lama lagi.. Tak lama lagi.." Kompem dia kecut perut.

7. Duduk depan papan chess 2 3 jam tanpa buat apa-apa atau cakap apa-apa. Lepas tu bangun secara tiba-tiba sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate kau balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...". Lepas tu bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..?" Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya.."

10. Kata kat roommate kau "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat-buat pengsan. Lepas 2 3 jam, bangun dan cakap kau dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate kau balik, berpura-pura tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate kau bahawa yang telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate kau suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai atau rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate kau hilang. Letak sekali gambar dia dalam risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate kau.

14. Bila roommate kau tutup lampu pada sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat-buat muka bodoh dan confused.

15. Duduk dan renung roommate kau dlm 2 3 jam. Kalau boleh, bawa member-member sekali sambil makan kacang dan popcorn. Buat macam kau tengah tengok wayang.

**********
Adoi! Pecah perut. Masa aku buat entri ni pun dah tergelak-gelak. Kepada yang sedang bengang dengan roomate korang.. Boleh lah cuba cara kat atas tu. All the best and good luck! ;p


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment