16 April 2011

Aku dan akak kafe

Salam kepada pembaca sekalian.

Lewat pulak hari ni aku gi lunch. Selalu pukul 11.30am dah standby kat meja makan yang paling depan sekali.. Dekat tibi pulak tu. Sambil makan sambil tengok tibi sambil sedut air dengan straw. Tadi aku dengan kawan aku gi makan pukul 12.40pm. Tapi bungkus je la. Tak meriah nak makan berdua je. Haha.

tak pernah lagi try makan mcm ni. sumber : klik sini

Sebab minggu exam, lauk memang cepat habis. Sape-sape yang exam tengah hari, dorang da lunch siap-siap. Kalau lunch lepas exam, alamatnya memang tinggal lauk yang tak sedap je. Selalu yang tinggal 'lauk-lauk yang tak sehat'. Apa jadah jenis lauk macam tu? Maksudnya tinggal sosej, nuget, bebola api ikan, dan lain-lain lagi la.

Aku simple je.. Amik sosej da la.. Memang lauk tak sehat. Selera makan menurun. Nak mengunyah pun malas. Makan pun sebab terpaksa. Ada ke macam tu? Ada je.. Aku la orang nye. Keh keh keh! 

Kawan aku selalu bising, "Eh! Apesal amik nasik sikit sangat ni?" 

Aku pun jawab, "Malas nak mengunyah.." Haha.

Masa nak bayar kat kaunter tadi, si akak kafe ni tetiba je caring plak aih..

Akak kafe : Kenapa makan bungkus? Kenapa tak makan kat sini?
Aku : Jap lagi ada exam la akak. Petang nanti kot baru makan sini.
Akak kafe : Selalu nampak kat meja satu tu haa 

(sambil muncung mulut ke arah tempat yang dimaksudkan) 

Akak kafe : Tu tak dek orang duduk la tu. Kosong je meja tu.
Aku : Tak pe kak.. Petang nanti saya serbu situ.

Tak sangka ada orang skodeng kitorang makan selama ni. Aku rasa bukan akak tu sorang je kot dok usha meja yang kitorang selalu makan. Orang lain pun sama agaknya. Haha.

Aku ingat lagi, selalu 'berebut' remote astro dengan dia. Kitorang tyme makan selalu tengok channel AXN. Yang dia pulak suke tengok cerita-cerita sinetron. Memang menyirap la sape-sape yang bersekongkol dengan dia.. Kalau tengah tengok cerita Bintang dan Kejora yang citer dia waktu petang tu, pastu kitorang tukar channel.. Tengok CSI lagi best la! Haha.


Memang selalu kitorang la yang pegang remote astro. Buat harta jap. Kalau remote kat orang lain, pasrah je la dengan cerita yang tengah ditayangkan tu. Same je la kes nya. Kalau remote kat kitorang, dorang kene pasrah je la dengan cerite yang kitorang tengah tengok. Hehe.

ape pandang-pandang? nak rebut remote ke? sumber : klik sini

p/s :
Best ke cerita Bintang dan Kejora tu? Bosan aku.. Banyak sangat kebetulannya. Huh!

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

2 comments:

zaty kecik said...

pergh! saat2 akhir sem menjalinkan hub mesra ngan ahkak kefe!

nadeafu chan said...

@ zaty kecik : eh..manada menjalinkan hubungan..akak tuh yg rindu keh3

Post a Comment